24 February 2017

Young Living Essential Oils (YLEO)



Saya pengguna Young Living Essential Oils (YLEO).
 😊 Hee

08 November 2013

Nescafe campur Milo.



Assalamualaikum.
Hai semua! (^_^)

Saya busy. Sekarang saya busy. Eh, saya pun tak paham kenapa tiap kali saya busy, saya nak singgah kat belog nih. Sepatutnya lagi busy, lagi tak ada masa kan. Tapi saya, terbalik ke apa? Heh..

Kalau nak tahu, kalau nak tahu la kan, saya tahun akhir. Ini sem akhir belajar. Pasni lagi satu sem untuk latihan industri. Siapa nak amik saya praktikal? Saya baik. Saya kuat makan. Dan saya rajin. Saya tak pandai kipas bos. Tapi saya guna penghawa dingin je untuk bos. Penghawa dingin gitu. Haa, advance kan saya. Siapa nak? Siapa nak?

Sudah. Over pulak la saya nih. Saya syak, saya dirasuk PUAKA MIANG RAPIK. (-__-)  Sebab tu banyak merapik. Baiklah, saya nak hadap kerja semula. Tataaa..


Ditemani Neslo. Kami pasangan sweet. Sebab dia. Dia terlebih susu.






24 June 2013

Tahniah, mereka sudah bergelar suami & isteri yang sah.




Assalamualaikum..
Hai korang.. ^_^

Majlis: Perkahwinan Paan & kak Dila
Tarikh: 23 Jun 2013
Tempat: Jerantut

Aha, SELAMAT PENGANTIN BARU buat Paan yang kacak dan kak Dila menawan. Pengantin lelaki dan perempuan keduanya adalah graduan UMP yang juga bergiat aktif dalam persatuan SeMAMPAN dan MAMPAN sebelum ini.

Detik perkenalan dan percintaan mereka tidak dapat kami selidik dengan lebih mendalam. Apapun, Alhamdulillah mereka telah pun selamat diijabkabulkan pada 7 Jun 2013 yang lepas.

Saya dan kawan-kawan tidak berkesempatan untuk ke majlis perkahwinan disebelah keluarga kak Dila. Dan kali ini kami bernasib baik kerana berkesempatan untuk ke majlis jemput menantu atau juga dipanggil majlis bertandang di rumah keluarga Paan. Hehe, jemput makan ye korang. Eh?! Selamat menonton gambar ye.. =P 


Dari kiri: saya, Ajilah, Paan, kak Dila, Lehan, Sukiman.

Itu dia bila girl-girl mula conquer kamera.

Muahaha kak Dila beraksi comel. :)

Yes, pengantin to be. Eh, lalalala..
Itu sahaja. Takmo show-off kononnya. Nanti korang jeles pulak. Hohoo.. Sekali lagi, SELAMAT PENGANTIN BARU buat Paan dan kak Dila. Semoga sentiasa sweet dan bahagia hingga ke syurga ea..

Buat korang, kalau ada kenduri, beritahu saya. Saya memang suka dapat makan free. Lalalala.. Baiklah, tata korang. ^_^


Pssst, abaikan caption gambar terakhir.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...