08 November 2013

Nescafe campur Milo.



Assalamualaikum.
Hai semua! (^_^)

Saya busy. Sekarang saya busy. Eh, saya pun tak paham kenapa tiap kali saya busy, saya nak singgah kat belog nih. Sepatutnya lagi busy, lagi tak ada masa kan. Tapi saya, terbalik ke apa? Heh..

Kalau nak tahu, kalau nak tahu la kan, saya tahun akhir. Ini sem akhir belajar. Pasni lagi satu sem untuk latihan industri. Siapa nak amik saya praktikal? Saya baik. Saya kuat makan. Dan saya rajin. Saya tak pandai kipas bos. Tapi saya guna penghawa dingin je untuk bos. Penghawa dingin gitu. Haa, advance kan saya. Siapa nak? Siapa nak?

Sudah. Over pulak la saya nih. Saya syak, saya dirasuk PUAKA MIANG RAPIK. (-__-)  Sebab tu banyak merapik. Baiklah, saya nak hadap kerja semula. Tataaa..


Ditemani Neslo. Kami pasangan sweet. Sebab dia. Dia terlebih susu.






24 June 2013

Tahniah, mereka sudah bergelar suami & isteri yang sah.




Assalamualaikum..
Hai korang.. ^_^

Majlis: Perkahwinan Paan & kak Dila
Tarikh: 23 Jun 2013
Tempat: Jerantut

Aha, SELAMAT PENGANTIN BARU buat Paan yang kacak dan kak Dila menawan. Pengantin lelaki dan perempuan keduanya adalah graduan UMP yang juga bergiat aktif dalam persatuan SeMAMPAN dan MAMPAN sebelum ini.

Detik perkenalan dan percintaan mereka tidak dapat kami selidik dengan lebih mendalam. Apapun, Alhamdulillah mereka telah pun selamat diijabkabulkan pada 7 Jun 2013 yang lepas.

Saya dan kawan-kawan tidak berkesempatan untuk ke majlis perkahwinan disebelah keluarga kak Dila. Dan kali ini kami bernasib baik kerana berkesempatan untuk ke majlis jemput menantu atau juga dipanggil majlis bertandang di rumah keluarga Paan. Hehe, jemput makan ye korang. Eh?! Selamat menonton gambar ye.. =P 


Dari kiri: saya, Ajilah, Paan, kak Dila, Lehan, Sukiman.

Itu dia bila girl-girl mula conquer kamera.

Muahaha kak Dila beraksi comel. :)

Yes, pengantin to be. Eh, lalalala..
Itu sahaja. Takmo show-off kononnya. Nanti korang jeles pulak. Hohoo.. Sekali lagi, SELAMAT PENGANTIN BARU buat Paan dan kak Dila. Semoga sentiasa sweet dan bahagia hingga ke syurga ea..

Buat korang, kalau ada kenduri, beritahu saya. Saya memang suka dapat makan free. Lalalala.. Baiklah, tata korang. ^_^


Pssst, abaikan caption gambar terakhir.


16 June 2013

Mood tidak menentu.



Assalamualaikum..
Hai semua... ^_^

Hah, mood tidak menentu?!? Hihihi, tajuk entry nak over saje. Apela dija ni..

Heww, minggu peperiksaan hampir tamat. Belum tamat. Tapi hampir. 19 Jun 2013, paper akhir. Sebenarnya, paper kedua akhir dan paper akhir. Dua paper dalam sehari. Hee, bagus.

Mood ulangkaji sangat perlahan. Ehe, pelik je bila 'perlahan' kan.. Dija ooo Dija.. -_- Mood yang over adalah mood bercuti. Haha yeay!!!

Rinduuuuuuuuuu! Nak cenggini lagi..   Y_Y

Nak jalan-jalan. Nak makan-makan. Nak borak-borak. Nak lepak-lepak. Hoo.. Tapi transport tadek. Kereta saya masih di 'hospital'. Takpe. InsyaAllah, boleh buat semua tu untuk semester depan. Moga hidup masih panjang.

Baiklah, cukup. Tata semua... ^_^


06 June 2013

Salam Israk Mikraj.



Assalamualaikum.
Hai kawan-kawan... (^_^)

Hari ni, 6 Jun 2013 bersamaan 27 Rejab 1434 Hijrah.
Kenapa dengan 27 Rejab?
27 Rejab adalah tarikh berlakunya peristiwa  ISRAK MIKRAJ.
Satu mukjizat Nabi Muhammad S. A. W.
Dan juga menjadi pengajaran besar kepada kita sebagai muslimin dan muslimat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ISRAK MIKRAJ, jom kita baca tulisan ustazshauqi atau iluvislam atau milimilo atau al-islah.
InsyaAllah sumber-sumber ini berasaskan kepada perkara yang benar.
Semoga kita sentiasa ingat dan mengingatkan antara satu sama lain.


sumber: kemp

Satu kebetulan, hari ni, 6 Jun adalah tarikh lahir kawan saya Amirah a.k.a Emy yang ke tettttt.
Semoga Emy sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat Allah.
Semoga saya, awak, kita, mereka, dan semua jugak sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat Allah. Amin.

Maaf tak boleh berlama-lama kat sini.
Saya di dalam mood peperiksaan.
Perlu study, study, dan study.
Eh, study la sangat saya ni.. -_-
Risau memikirkan result untuk semester ini.
Hmm, semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
Tataa.. =)

29 May 2013

Doa untuk sahabat

  
  
Assalamualaikum.
Hai korang...
Harap korang semua dalam keadaan sihat-sihat ea.
Kalau yang tak sihat, mari baca doa ni.
  
  
Doa sembuh dari kesakitan..
 
 
Saya nak bacakan doa ini untuk kawan saya, Emy..
Rindu kat Emy..
Nah ubat untuk Emy..
Doakan dia cepat sembuh ea korang..
Semoga Allah dengar suara & permintaan saya..
Suara dan permintaan kita..
Amin... :'|
 
 

17 May 2013

Manisnya bila HALAL.


Assalamualaikum semua.. Hai!! (^_^)

dudududu.. *malu

Heeee senyum sampai sepet-sepet da mata ni. Malu konon. Eceh, tayah nak malu sangatlah dja. Hewww.. Sweetkan gambar tu. Ayatnya pun sweet-sweet je. Tengok tajuk post ni pun, tersipu saya. Err, poyo disitu.

Bukan gambar tu fokus utama saya. Walaupun sebenarnya saya tahu korang mengharapkan tempias dari gambar tu. Kan kan? Hihi..

Nak jadi sweet macam dorang, bukanlah hanya dengan mendekati atau meng-usha dorang sahaja. (Tahu tak ape usha? Alahai, usha yang orang zaman sekarang pakai tu. Tengok-tengok ke skodeng tah maksud spesifiknya.) Baiklah, berbalik kepada sweet tadi tu. kalau kita nak sweet macam dorang, kita kena perhatikan diri kita. Diri sendiri. Perbaikilah akhlak. Dan lebih mendekatkan diri dengan ALLAH. Nak orang baik, kita pun kenalah baik. Ye tak?

Saya? Banyak kekurangan. (Y_Y) Hmm, masih banyak yang perlu dipelajari. Belajaragama, agama, agama, memasak, mengemas, dan menghias..

Eh, baiklah. Apa mimpi saya nak berceramah bagai pulak da kan. Banyak cakap nanti tersasul ke menda lain pulak. Maklumlah, nak bercakap, kena ada ilmu. Dan manatahu saya menaip tanpa rasa keinsafan ke. Hmm, saya ada perasaan takut. Takut tak sempat je. (Bukan tak sempat kawen. Tak sempat bertaubat ler!) Korang, Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila masa je. Mungkin esok ataupun lusa, atau sekarang. Saya pernah dengar orang cakap, taubat boleh buat bila-bila je. Jangan tunggu. Tapi saya, Wallahua'lam.

Jom doa ramai-ramai.

بسم الله الرحمان الرحيم
Ampunkan dosa-dosaku.
Bukakan pintu hatiku untuk menjadi lebih baik.
Permudahkan urusanku.
Peliharakan diriku agar sentiasa berada dalam rahmat-Mu.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.
Perkenankan doaku ya Allah.
Amin..




Pssttt.. Kalau ada silap cakap, tegur tahu. Tegur! Jangan g print screen, pastu cakap saya sebar apa-apa pelik lak.
Pssttt lagi.. Maafkan saya kalau saya menaip pasal ni pun ada main-main ye.

10 May 2013

Jumaat yang kacak.


Assalamualaikum..
Hai Jumaat!


Jumaat korang lebih kacak kalau korang buat perkara-perkara sunat di hari Jumaat. Nak tahu apa? Klik sini.

Post ini mengandungi unsur-unsur yang poyo. Tolong baca hingga habis. Kalau tak, tidur anda akan dihantui saya. Saya. Saya. (bergema pulak) -_-

Pagi yang indah ini
Tersenyum sendiri
Ciap miap burung
Diluar jendela
Seakan memanggil namaku.

Huiii, jangan nak pagi sangat. Dah tengahari da ni. Zohor dah ni. Tadi masa untuk si jejaka menunaikan solat jumaat. Kan kan.

Duk buat kerja (PSM), saya terfikirkan ibu. Tet tet tet nombor ibu, saya dail. Borak-borak sikit tanya khabar. Pastu tersasul pulak ke topik ni. Topik mana?
Topik kat bawah nih...


Topik: ___________________________



 Saya : Ibu, bakal menantu ibu pergi solat Jumaat.
 Ibu : Oo, siapa? Hehehe (eksaited). Baru je ibu tanya alak"siapalah jodoh kakak agaknya?". Rupanya
 dah ada ehem2 tak beritahu.
 Saya : Hahaha (gelak besar). Manade lagi. Tapi bakal menantu ibu kan laki. Ofcos dia g solat jumaat.
 Ibu : Haishh, tak laku lagi anak ibu ni rupanya.
 Saya : Erk, amboi.. Babai ibu. Nak g cari jodoh sekarang jugak!


Hahaha.....
Ini semua poyo. Biarkan. Lebih-lebih lagi part tak laku tu. Ibu tak tahu yang kita hot. Sebab, kita yang rahsiakan. (Uweekkkk, sila muntah). Yang penting saya tahu ibu sayangkan saya. Yelah, ibu mana tak sayang anak (tetiba). Setakat ni tajuk sebenar topik masih tak dapat dikenal pasti. Heww, untunglah kalau ada yang sudi nak bagi tajuk kannn. Masalahnya, ada ke yang sudi baca post ni? Hehe.

Baiklah, itu sahaja. Sejak kebelakangan ni, saya banyak melalut. Mungkin sebab banyak kerja, saya melalut. Eh, tahu tak melalut tu apa? Kalau tak tahu, g google. Okelah, maaf salah silap ye. Tata korangggggg. Assalamualaikum. (^_^)




Psstt.. PSM adalah Projek Sarjana Muda a.k.a. Final Year Project (FYP) a.k.a. Projek Tahun Akhir (PTA).
Pssttt lagi.. Alak adalah nama panggilan adik saya dirumah. Orang pakai nama manja, dia pakai nama gengster.
Psstttt sekali lagi.. Saya baca semula post ni sebelum saya betul-betul publish. Saya rasa seolah saya mem-publish karangan yang tidak bernoktah. Walaupun ada banyak noktah. Huiii, mengapakah?

Korang, esok Rejab. Jom puasa!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...