25 September 2012

Babak filem.


Assalamualaikum dan hai semua..

Kalau dalam filem, frame gambar terjatuh dan berkecai sebagai petanda ada perkara yang kurang baik. Tak pun, pinggan terlepas dari tangan dan nasi pun berteraburan di lantai. Dan saya pula, jari terluka sebab terkena cermin yang pecah. Saya bukan artis untuk berdrama bagai. Tapi mungkin juga itu petanda kurang baik.
Haa, macam inilah lukanya. Tapi ni bukan jari saya.

Wallahu A'lam.

Saya menghubungi ibu. Kali pertama, tidak berjawab. Kali kedua, masih tidak berjawab. Dan kali ketiga, peti mel suara mengambil alih talian. Oh, kenapa ni ibu??

Ya. Rupa-rupanya memang benar saya ada berita kurang baik. Hmm, mungkin hanya kurang baik untuk saya sahaja. Ayah saya tidak sihat. Ayah dapat cuti seminggu dari pihak hospital. Teruk sangatkah keadaan ayah? Hati saya tak sedap. Saya nak balik rumah!!! (T_T)

Kepada ibu, saya cakap:
Semoga ayah cepat sembuh. Akak sayang ayah dengan ibu. Ibu jaga makan minum ayah tahu. Ibu jaga kesihatan ibu juga ea. Terima kasih ibu. 
Tapi kepada ayah saya cakap:
Akak dah servis kereta tadi. Boleh tahan la murahnya. Uncle tu cakap dia kenal ayah. Ooo, uncle tu kawan ayah ea? Hehe. .......... Hehe..

Sesuatu yang berbeza disembangkan. Saya tahu yang ayah tak nak saya risaukan dia. Sebak pula.

Akhir kata, doakan ayah saya ea kawan-kawan. Semoga ayah cepat sembuh. Amin.

6 comments:

yaya said...

yaya doakan pkcik Amien cepat sembuh..semoga dipemudahkan segala urusan..

dja_amiensukhri said...

ye, harap ayah cepat sembuh.. thanks yaya.. :)

dayu_myself said...

semoga ayah awk cept sembuh ye..
InsyaAllah, banykkan berdoa..:)

dja_amiensukhri said...

thanks dayu!! insyaAllah, sentiasa berdoa..

nabila said...

semoga ayah akak cepat sembuh . :D

dja_amiensukhri said...

thanks miss.. insyaAllah.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...