01 February 2012

Tips untuk Berjimat.


Assalamualaikum. Hai semua!! (^_^)


Saya masih bercuti. Berjalan situ, sana dan sini. Duit minyak kereta, duit makan, duit shopping. Konklusinya, duit saya keluar macam air. Lagi dua minggu nak masuk belajar semula.Tapi... Tengok poket, da kering der. Kad ATM pun nampak semakin nipisss jep.Heh.. -_-’ Macam mana ni?

Sekarang masanya untuk berjimat!! Tengok tajuk pun dah tahu saya nak bagi tips an. Cehh, macam la banyak sangat tipsnya. Masalahnya, tak terlambat ker? Uish, mana ada terlambat. Bukan untuk dua minggu lagi sahaja, tapi untuk masa hadapan kan. Oleh yang demikian, saya tetap nak teruskan niat tulus, suci lagi murni tu. Fighting!! (>_<) (jangan nak excited sangatlah. Yang penting, buat apa yang dicakapkan taw.)

Macam-macam cara untuk berjimat sebenarnya an. Banyak yang ibu selalu pesan dan ini diantaranya:


  1. Listkan barang yang nak dibeli. Bila da list, semak apa yang perlu & apa yang kurang perlu. Masa nak membeli, UTAMAKAN YANG PERLU. 
  2. Kalau boleh sebelum membeli, BUAT PERBANDINGAN HARGA.
  3. SIMPAN RESIT-RESIT PEMBELIAN untuk perkiraan keluar masuk belanja dalam sebulan atau setahun. Wah, macam akauntan lak an. Hehe. 
  4. Nak makan? BAWA BEKAL MAKANAN DARI RUMAH kan lebih jimat.


Tapi......................
Apa yang saya nak, lain dari apa yang ibu cakap. Saya nak:

  1.  Mesin ATM tanya apa yang kita nak buat dengan duit yang kita nak keluarkan. Contohnya kita nak keluarkan RM500 untuk beli baju, kasut, makan, wayang, dan minyak wangi dan lain-lain. Tapi mesin tu hanya keluarkan RM50 untuk makan sahaja. Katanya, yang lain tu tak penting. Tak ke bengang kita? Tapi oke la tu, boleh berjimat an. Ngehehe =P
  2. Tabung istimewa. Tabung tu ada perisian istimewa dimana duit perlu dimasukkan didalamnya setiap satu jam. Kalau tak, tabung tu ~~boom kebaboom~ meletup. Kejamnya!!
    Tapi dengan cara tu je saya boleh menabung. =P



Ini bukan tabung istimewa oke!!

Ada ke ATM atau tabung istimewa macam tu ea? Eh, tak ada kan?? Hehe. Banyak berangan la dija ni. Apa-apa pun, kita perlu berjimat. Untuk panduan masa hadapan taw. Nanti tak lah sesak sangat nak beli perkakas rumah, nak beli barang dapur, nak beli pakaian kita, nak beli keperluan anak-anak. Ops…


Apa-apa pun, SELAMAT BERJIMAT CERMAT yep!! (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...