Showing posts with label inf0... Show all posts
Showing posts with label inf0... Show all posts

06 June 2013

Salam Israk Mikraj.



Assalamualaikum.
Hai kawan-kawan... (^_^)

Hari ni, 6 Jun 2013 bersamaan 27 Rejab 1434 Hijrah.
Kenapa dengan 27 Rejab?
27 Rejab adalah tarikh berlakunya peristiwa  ISRAK MIKRAJ.
Satu mukjizat Nabi Muhammad S. A. W.
Dan juga menjadi pengajaran besar kepada kita sebagai muslimin dan muslimat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ISRAK MIKRAJ, jom kita baca tulisan ustazshauqi atau iluvislam atau milimilo atau al-islah.
InsyaAllah sumber-sumber ini berasaskan kepada perkara yang benar.
Semoga kita sentiasa ingat dan mengingatkan antara satu sama lain.


sumber: kemp

Satu kebetulan, hari ni, 6 Jun adalah tarikh lahir kawan saya Amirah a.k.a Emy yang ke tettttt.
Semoga Emy sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat Allah.
Semoga saya, awak, kita, mereka, dan semua jugak sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat Allah. Amin.

Maaf tak boleh berlama-lama kat sini.
Saya di dalam mood peperiksaan.
Perlu study, study, dan study.
Eh, study la sangat saya ni.. -_-
Risau memikirkan result untuk semester ini.
Hmm, semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
Tataa.. =)

01 February 2012

Tips untuk Berjimat.


Assalamualaikum. Hai semua!! (^_^)


Saya masih bercuti. Berjalan situ, sana dan sini. Duit minyak kereta, duit makan, duit shopping. Konklusinya, duit saya keluar macam air. Lagi dua minggu nak masuk belajar semula.Tapi... Tengok poket, da kering der. Kad ATM pun nampak semakin nipisss jep.Heh.. -_-’ Macam mana ni?

Sekarang masanya untuk berjimat!! Tengok tajuk pun dah tahu saya nak bagi tips an. Cehh, macam la banyak sangat tipsnya. Masalahnya, tak terlambat ker? Uish, mana ada terlambat. Bukan untuk dua minggu lagi sahaja, tapi untuk masa hadapan kan. Oleh yang demikian, saya tetap nak teruskan niat tulus, suci lagi murni tu. Fighting!! (>_<) (jangan nak excited sangatlah. Yang penting, buat apa yang dicakapkan taw.)

Macam-macam cara untuk berjimat sebenarnya an. Banyak yang ibu selalu pesan dan ini diantaranya:


  1. Listkan barang yang nak dibeli. Bila da list, semak apa yang perlu & apa yang kurang perlu. Masa nak membeli, UTAMAKAN YANG PERLU. 
  2. Kalau boleh sebelum membeli, BUAT PERBANDINGAN HARGA.
  3. SIMPAN RESIT-RESIT PEMBELIAN untuk perkiraan keluar masuk belanja dalam sebulan atau setahun. Wah, macam akauntan lak an. Hehe. 
  4. Nak makan? BAWA BEKAL MAKANAN DARI RUMAH kan lebih jimat.


Tapi......................
Apa yang saya nak, lain dari apa yang ibu cakap. Saya nak:

  1.  Mesin ATM tanya apa yang kita nak buat dengan duit yang kita nak keluarkan. Contohnya kita nak keluarkan RM500 untuk beli baju, kasut, makan, wayang, dan minyak wangi dan lain-lain. Tapi mesin tu hanya keluarkan RM50 untuk makan sahaja. Katanya, yang lain tu tak penting. Tak ke bengang kita? Tapi oke la tu, boleh berjimat an. Ngehehe =P
  2. Tabung istimewa. Tabung tu ada perisian istimewa dimana duit perlu dimasukkan didalamnya setiap satu jam. Kalau tak, tabung tu ~~boom kebaboom~ meletup. Kejamnya!!
    Tapi dengan cara tu je saya boleh menabung. =P



Ini bukan tabung istimewa oke!!

Ada ke ATM atau tabung istimewa macam tu ea? Eh, tak ada kan?? Hehe. Banyak berangan la dija ni. Apa-apa pun, kita perlu berjimat. Untuk panduan masa hadapan taw. Nanti tak lah sesak sangat nak beli perkakas rumah, nak beli barang dapur, nak beli pakaian kita, nak beli keperluan anak-anak. Ops…


Apa-apa pun, SELAMAT BERJIMAT CERMAT yep!! (^_^)

08 January 2012

Senggugut bukan sesungut.


Assalamualaikum semua.

Senggugut? Apa tu? Tak bestnya bunyi dia. Nak cakap macam bunyi sesungut pun ada. Huu. Tiba-tiba lak tu masa exam ni lah saya nak post pasal ni. Ish3..

Senggugut itu salah satu sakit puan. Tapi info yang saya nak sampaikan ini bukan untuk perempuan jep. Lelaki pun boleh baca. Manalah tahu ada akak atau adik yang sakit macam ni ke kan. Tak pun, untuk future wife. Ops.. =) Bagi yang pernah mengalami, pasti faham.

Entri yang agak panjang walaupun hanya info secara ringkas. Apa-apa pun, selamat membaca yep.

Senggugut, kekejangan di bahagian perut.

.....................................................

Senggugut atau dari segi istilah perubatannya, dismenorea ialah sakit semasa period. Ada yang mengalaminya diawal period, dan tidak kurang juga diakhir period. Ada yang mengalami senggugut yang teruk dan ada juga yang hanya merasai sedikit kesakitan. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan kebanyakan yang mengalami senggugut tidak mahu keluar rumah untuk bekerja atau bersekolah.

Sebab-sebab senggugut =>
  1. Sejarah keluarga.
  2. Pengambilan kafien tinggi.
  3. Tekanan.
  4. Peningkatan usia.
  5. Sejarah kemurungan.
  6. Merokok.
  7. Faktor permakanan.
  8. Minum arak.
  9. Tempoh period lebih dari 5 hari.

Simptom-simptom senggugut => 
  1. Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
  2. Sakit kepala yang berdenyut-denyut.
  3. Muntah atau mual/loya.
  4. Sakit kaki dan bahagian belakang badan.
  5. Stress atau bimbang.
  6. Pergerakan usus yang tidak sekata.
  7. Pitam.
  8. Perut kembong.
  9. Payu dara bengkak atau sensitif.
  10. Masalah tidur (insomnia).
  11. Sakit sendi atau otot.
  12. Lesu.
  13. Emosi tidak stabil (Mood swings).

Cara-cara mengurangkan senggugut =>
  1. Berzikir. Tenangkan fikiran.
  2. Bersenam.
  3. Perbaiki diet. Banyakkan makan makanan berserat dan berprotien tinggi seperti kekacang, sayur dan ikan.
  4. Kurangkan garam.
  5. Dapatkan tidur yang cukup.
  6. Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Jangan minum kafein dan ais.
  7. Berhenti merokok
  8. Minum air yang direndam hirisan halia. Halia membantu merehatkan otot rahim.
  9. Minum atau mengamalkan makan kurma. Kurma memberi tenaga dan membantu melancarkan peredaran darah.
  10. Tuam bahagian perut dan pinggang dengan pad panas. Pad panas juga boleh dibuat menggunakan botol yang diisi air panas. Hati-hati.
  11. Pad panas
  12. Juga terdapat cara menggunakan acupressure. Klik ---> acupressure untuk melihat demo.

Kalau senggugut tersebut melarat sehingga menyebabkan demam, dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Painkiller boleh diambil jika disaran oleh doktor.


.....................................................

Apa macam? Sungguh penuh dengan ilmu pengetahuan entri kali ini kan. Huhu.. Bagi yang perempuan, sabar yep. Kesakitan yang kita alami kan penghapus dosa kecil kita. InsyaAllah. Apa-apa pun, semoga sakit itu dapat diatasi. Ada orang cakap, senggugut hilang bila sudah berkahwin. So, cepat-cepatlah kahwin yep. Hee... Wallahua'alam.



Sumber info: Kotex, Wiki, RatuHati, dan AlamHamil.


19 December 2011

Dija budak baik =)


Assalamualaikum.
Korangggg... Apa khabar? ^_^ 

Hari ni saya nak bercerita. Bukan sal Sang Kancil dan Buaya. Bukan jugak sal Potato People. Tapi pasal suara orang. Suara orang disekeliling kita bila kita berbuat baik. Pernah tak dengar orang cakap:

"Eley, kau ingat kau da bagus sangat ke nak tegur-tegur orang ni?? Da abis alim la tuh?!?"

Ops, kasar kan? Oke, abaikan. Kawan korang semua baik-baik kan. Mane ada yang cakap macam ni kan? Uishh, kawan saya pun tak pernah bercakap macam tu. Orang luar negara la tu kot. Tak pun orang planet lain. Eh, law planet lain bukan orang, tapi alien. Hehe.

Kalaulah saya terdengar alien bercakap seperti ini, mesti hati saya tersentuh. Bukan kerana terharu tapi tersentap oke. Kebetulan pulak tadi saya terjumpa kata-kata ni dari kawan saya. Match la sangat. So, tak salahkan saya berkongsi. Selamat membaca.. (^_^)



Orang yang tulis benda-benda baik,
Tak semestinya orang tu baik.
Tapi, sekurang kurangnya orang tu tak tulis benda-benda tak baik kan?

Orang cakap benda baik,
Tak semestinya orang tu baik.
Tapi, sekurang kurangnya orang tu tak cakap benda-benda tak baik kan?

Orang buat baik,
Tak semestinya orang baik.
Tapi sekurang-kurangnya orang tak buat benda yang tak baik kan?


Erk.. Jangan pening-pening. Secara ringkasnya, jangan menilai orang. Perhatikan diri kita dulu. Kenapa perlu pertikaian kebaikan orang sedangkan diri kita sendiri pun ketandusan. (^_^) Hehe. 

Apa yang saya faham, saya ni bukanlah bagus sangat pun. Tapi insyaAllah.. Saya menuju dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Semoga dipermudahkan. Amin..


Pssst.. orang cakap kalau sebut benda yang sama banyak kali, nanti jadi kenyataan. So, bacalah tajuk entry ni banyak-banyak kali yep.. Haha. Gurau je.. (>_<)

12 December 2011

Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita


Assalamualaikum.
Hai semua!!!

Mesti terperanjatkan bila saya keluarkan entry macam ni. Uishh, umur tak cukup lagi dah nak cakap pasal lelaki idaman? Hamboiiii, gatai sangat da yep? Ish3.
Tak kiraaaaa!! Nak cakap jugak sal topik ni.

Dalam pemerhatian saya, kebanyakan wanita mengidamkan ciri-ciri yang berikut:

1. Beriman.
2. Penyayang.
3. Bertanggungjawab.
4. Kaya.
5.Romantik.
6. Kacak.
7. Setia.
8. Tak panas baran. Penyabar la tu. Hee.
9. Lawak.
10. Berpegang pada janji.

Cececeehh, senyum-senyum lak? suka la tu kan? Kan???
Apa yang saya nak tekankan disini ialah, ni ciri-ciri lelaki idaman wanita. 
Sekali lagi, ni ciri-ciri lelaki idaman wanita. Bukan saya taw! Saya masih lagi kanak-kanak . Ops. =P

Tapi, kenapa semuanya gambar Aaron Aziz yek? Hahaha .
Nak wat camne, saya masih didalam mood Ombak Rindu .
oowh Encik Hariz . Lalalala~  ^_^

Pssstt, kite amik gambar lam pacik google.. Maaf maaf..

07 December 2011

Mereka gedik dengan saya.

Assalamualaikum..
Hai! ^_^

Pernah tak rasa mata tergedik-gedik sendiri? Automatik. Eh jap, taw tak camne mata tergedik-gedik tu? Alamak, saya tak pasti la pulak perkataan spesifik untuk mata tergedik-gedik tu apa. Yang pasti, bukan macam mereka berdua ni taw.. (^_~)
|
|
V



Erk, abaikan mereka. Mereka hanya kenyit mata kat saya jep. Jangan jeles. Hehe. =P
Oke, berbalik kepada mata tergedik-gedik. Saya ada terdengar auta mengatakan perbezaan maksud mata kanan yang tergedik dan mata kiri yang tergedik.

Bila mata kanan tergedik-gedik, ini bermaksud ada orang jauh nak datang rumah. Alaa, macam ada orang nak melawat kita la tu. Hehe.

Tapi bila mata kiri tergedik-gedik, ini bermaksud ada something yang akan buat kita menangis. Huwaa~ tak suka!

Baru-baru ni, mata kiri saya tergedik-gedik. Saya cepat-cepat tutup mata saya. Takut la pulak law ada yang nampak, dia cakap saya nak gedik kat dia lak nanti. Saya beritau kat kawan, dia cakap mesti jap lagi dja nangis. Haa? Apakah ini satu petanda buruk? Saya wat tak tahu je. Tapi, tiba-tiba saya ternampak sesuatu yang mengganggu-gugat hati saya (cett, ayat sastera giler). Automatik saya menangis. Haha. Kelakar. Oke, itu sahaja.


Psstt, mungkin ianya hanya satu kebetulan. Jangan percaya auta tersebut oke. 

10 November 2011

TARRAAAAAAAAA!!


There are two reasons why people change.
First, they have learned a lot.
Second, they have been hurt too much.



03 July 2011

ada apa dengan KECEWA??


hai semua.... (^_^)  nak tanye nih.. pernah tak korang KECEWA?? hehe.. kecewa dengan::
  1. kije (asik saya je yang kena wat kije.. macam kuli dah!! grr..)
  2. keluarga (mak tak sayang saya.. mak belikan bmw untuk adik.. kat saya, motor capuk je!! tskk..)
  3. cinta (amboi... awak pasang laen haa?? saya marah ni! marah!!)
hahaha.. lumrah la an.. bila bahagia, mesti ada masa kita berduka.. time tu, mesti ada yang nanges.. alaa, cuci mata, apa salahnya.. hehe.. tak kurang juga yang bertanya pada diri sendiri.. bukan nak menyalahkan takdir, tapi sekadar melepaskan apa yang terbuku didada.. tapi kawankawan, yang pastinya, semua telah terjawab dalam Al-Quran.. =)

KITA TANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN JAWAB: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KITA TANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IMPIKAN?
QURAN JAWAB: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KITE TANYA: KENAPA BERAT SANGAT UJIAN NIH?
QURAN JAWAB: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

KITE TANYA: KENAPA MESTI FRUST?
QURAN JAWAB: Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. (Surah Al-Imran ayat 139)

KITE TANYA: CAMNE NAK BERDEPAN NGAN SUME NIH?
QURAN JAWAB: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Surah Al-Baqarah ayat 45)

KITE TANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA NIH?
QURAN JAWAB: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… (Surah At-Taubah ayat 111)

KITE TANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN JAWAB: ...Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar. (Surah At-Taubah ayat 129)

KITE CAKAP: TENSION CAMNI!!! LEY GIVE UP AKU!
QURAN JAWAB: ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. (Surah Yusuf ayat 87)

saya cuma kongsikan apa yang saya jumpa.. sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya.. wallahu a'lam.. (^_^)

20 April 2011

AMARAN untuk saya dan awak juga!!

saya jumpa respon syaitan terhadap kita dan Al-Quran di belog yaya..
  1. Ketika awak membawa Al-Quran, respon syaitan biasabiasa saja…tengok kosong jep..
  2. Ketika awak membuka Al-Quran, syaitan mulai curiga..
  3. Ketika awak membaca Al-Quran, syaitan resah dan gelisah..
  4. Ketika awak memahami Al-Quran, syaitan mula terkejangkejang..
  5. Ketika awak mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan setiap hari, syaitan terus stroke..

So, teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jangan sebarkan, kerana ia tidak penting langsung!!” Oke, sekarang kamu nak dengar kata syaitan ker??? Sebarsebarkan lah yep..

semoga kita sentiasa mengamalkannya bacaan Al-Quran..

psttt.. pesanan ini untuk awak semua dan diri saya juga.. semoga kita saling ingatmengingatkan.. terimakasih (=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...