Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

08 January 2012

Senggugut bukan sesungut.


Assalamualaikum semua.

Senggugut? Apa tu? Tak bestnya bunyi dia. Nak cakap macam bunyi sesungut pun ada. Huu. Tiba-tiba lak tu masa exam ni lah saya nak post pasal ni. Ish3..

Senggugut itu salah satu sakit puan. Tapi info yang saya nak sampaikan ini bukan untuk perempuan jep. Lelaki pun boleh baca. Manalah tahu ada akak atau adik yang sakit macam ni ke kan. Tak pun, untuk future wife. Ops.. =) Bagi yang pernah mengalami, pasti faham.

Entri yang agak panjang walaupun hanya info secara ringkas. Apa-apa pun, selamat membaca yep.

Senggugut, kekejangan di bahagian perut.

.....................................................

Senggugut atau dari segi istilah perubatannya, dismenorea ialah sakit semasa period. Ada yang mengalaminya diawal period, dan tidak kurang juga diakhir period. Ada yang mengalami senggugut yang teruk dan ada juga yang hanya merasai sedikit kesakitan. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan kebanyakan yang mengalami senggugut tidak mahu keluar rumah untuk bekerja atau bersekolah.

Sebab-sebab senggugut =>
  1. Sejarah keluarga.
  2. Pengambilan kafien tinggi.
  3. Tekanan.
  4. Peningkatan usia.
  5. Sejarah kemurungan.
  6. Merokok.
  7. Faktor permakanan.
  8. Minum arak.
  9. Tempoh period lebih dari 5 hari.

Simptom-simptom senggugut => 
  1. Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
  2. Sakit kepala yang berdenyut-denyut.
  3. Muntah atau mual/loya.
  4. Sakit kaki dan bahagian belakang badan.
  5. Stress atau bimbang.
  6. Pergerakan usus yang tidak sekata.
  7. Pitam.
  8. Perut kembong.
  9. Payu dara bengkak atau sensitif.
  10. Masalah tidur (insomnia).
  11. Sakit sendi atau otot.
  12. Lesu.
  13. Emosi tidak stabil (Mood swings).

Cara-cara mengurangkan senggugut =>
  1. Berzikir. Tenangkan fikiran.
  2. Bersenam.
  3. Perbaiki diet. Banyakkan makan makanan berserat dan berprotien tinggi seperti kekacang, sayur dan ikan.
  4. Kurangkan garam.
  5. Dapatkan tidur yang cukup.
  6. Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Jangan minum kafein dan ais.
  7. Berhenti merokok
  8. Minum air yang direndam hirisan halia. Halia membantu merehatkan otot rahim.
  9. Minum atau mengamalkan makan kurma. Kurma memberi tenaga dan membantu melancarkan peredaran darah.
  10. Tuam bahagian perut dan pinggang dengan pad panas. Pad panas juga boleh dibuat menggunakan botol yang diisi air panas. Hati-hati.
  11. Pad panas
  12. Juga terdapat cara menggunakan acupressure. Klik ---> acupressure untuk melihat demo.

Kalau senggugut tersebut melarat sehingga menyebabkan demam, dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Painkiller boleh diambil jika disaran oleh doktor.


.....................................................

Apa macam? Sungguh penuh dengan ilmu pengetahuan entri kali ini kan. Huhu.. Bagi yang perempuan, sabar yep. Kesakitan yang kita alami kan penghapus dosa kecil kita. InsyaAllah. Apa-apa pun, semoga sakit itu dapat diatasi. Ada orang cakap, senggugut hilang bila sudah berkahwin. So, cepat-cepatlah kahwin yep. Hee... Wallahua'alam.



Sumber info: Kotex, Wiki, RatuHati, dan AlamHamil.


15 October 2011

2. Perihal Wanita

Ni saya amit dari FB kawan saya.. Dia cakap, Dr.FadzillahKamsah cakap, ada 7C yang boleh watkan si suami benci si isteri.. Apakah?? Jeng Jeng Jeng!!

1. CABAR
Lelaki ni ego.. Dorang tak suka dicabar lebih-lebih lagi oleh perempuan.. So, jangan mengada-ngada nak cakap "Law abang berani, cubalah cari perempuan lain!!"  Hoho.. Nanti yang putih mata, kau la cik kak oi..

2. CABUL
Cabul ni maksudnya perangai yang tataw malu.. Pergaulan bebas antara lelaki ngan perempuan. Dari segi percakapan lak, tak malu nak cakap ape-ape.. Dengan mertua pon nak cakap camtu ke? (Err, sebenarnya saya tataw sangat sal nih sbb before ni saya pikir cabul tu same je cam celupar.. nak google, laen lak keluarnya.. haishh.. =.= )

3. CELUPAR
Mulut tu jaga.. Jangan celupar sangat.. "Lorh.. Abang pakai apepon tetap tak ensem laa!!"  Uishh, touching la suami tu.. Tidow lua nanti baru taw..

4. COMOT
Amboi.. Time g kerja kemaen cun.. Tapi kat rumah, comot jep.. Bukan make-up tu untuk suami ker?? Lalalaallaa~~

5. CEMBURU
Cemburu tanda sayang. Ops~ Tapi law cemburu melampau, bosan gak jadinye.. "Abang, nape baju abang ada bau perfume perempuan??!"  (Heh, padahal perfume sendiri..) Percaya tu yang penting! Ececehh..

6. CEREWET
Normal la nak cerewet.. Tapi kena la bertempat.. "Abang, kite tanak makan kat kedai tu.. Tadek aircond!"  Huishh, ni cerewet ke demand nih?? Atoiii~

7. CINCAI
Kemas rumah cincai, masak cincai, jaga anak cincai.. Anak da masuk longkang, ibunya tengok tv lagi.. Ish3..


Kawan-kawan.. 7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Mungkin kita ada salah-satu daripadanya.. Oleh yang demikian, mari kita sesama berubah.. Renung-renungkan dan selamat beramal!! (ait, tagline sape nih??)


psstt, 7C tu memang dari Dr.FadzillahKamsah tapi huraiannya tu saya wat pepandai jep.. ^_^

13 April 2011

1. Perihal Wanita


‎5 DEADLY TERMS USED BY A WOMAN.

  1. FINE - this is the word women use to end an argument when they know they are RIGHT & YOU need to SHUT UP. 
  2. NOTHING - means SOMETHING & u need to be WORRIED. 
  3. GO AHEAD - this is a dare, not a permission, DO NOT DO IT. 
  4. WHATEVER - is a woman's way of saying SCREW YOU. 
  5. THAT'S OK - she is thinking long & hard on HOW & WHEN you will pay for your mistake...
0ps~~ haha.. do you agree?? (^_^)

sumber:: mukabuku kawan saya.. (=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...