08 January 2012

Senggugut bukan sesungut.


Assalamualaikum semua.

Senggugut? Apa tu? Tak bestnya bunyi dia. Nak cakap macam bunyi sesungut pun ada. Huu. Tiba-tiba lak tu masa exam ni lah saya nak post pasal ni. Ish3..

Senggugut itu salah satu sakit puan. Tapi info yang saya nak sampaikan ini bukan untuk perempuan jep. Lelaki pun boleh baca. Manalah tahu ada akak atau adik yang sakit macam ni ke kan. Tak pun, untuk future wife. Ops.. =) Bagi yang pernah mengalami, pasti faham.

Entri yang agak panjang walaupun hanya info secara ringkas. Apa-apa pun, selamat membaca yep.

Senggugut, kekejangan di bahagian perut.

.....................................................

Senggugut atau dari segi istilah perubatannya, dismenorea ialah sakit semasa period. Ada yang mengalaminya diawal period, dan tidak kurang juga diakhir period. Ada yang mengalami senggugut yang teruk dan ada juga yang hanya merasai sedikit kesakitan. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan kebanyakan yang mengalami senggugut tidak mahu keluar rumah untuk bekerja atau bersekolah.

Sebab-sebab senggugut =>
  1. Sejarah keluarga.
  2. Pengambilan kafien tinggi.
  3. Tekanan.
  4. Peningkatan usia.
  5. Sejarah kemurungan.
  6. Merokok.
  7. Faktor permakanan.
  8. Minum arak.
  9. Tempoh period lebih dari 5 hari.

Simptom-simptom senggugut => 
  1. Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
  2. Sakit kepala yang berdenyut-denyut.
  3. Muntah atau mual/loya.
  4. Sakit kaki dan bahagian belakang badan.
  5. Stress atau bimbang.
  6. Pergerakan usus yang tidak sekata.
  7. Pitam.
  8. Perut kembong.
  9. Payu dara bengkak atau sensitif.
  10. Masalah tidur (insomnia).
  11. Sakit sendi atau otot.
  12. Lesu.
  13. Emosi tidak stabil (Mood swings).

Cara-cara mengurangkan senggugut =>
  1. Berzikir. Tenangkan fikiran.
  2. Bersenam.
  3. Perbaiki diet. Banyakkan makan makanan berserat dan berprotien tinggi seperti kekacang, sayur dan ikan.
  4. Kurangkan garam.
  5. Dapatkan tidur yang cukup.
  6. Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Jangan minum kafein dan ais.
  7. Berhenti merokok
  8. Minum air yang direndam hirisan halia. Halia membantu merehatkan otot rahim.
  9. Minum atau mengamalkan makan kurma. Kurma memberi tenaga dan membantu melancarkan peredaran darah.
  10. Tuam bahagian perut dan pinggang dengan pad panas. Pad panas juga boleh dibuat menggunakan botol yang diisi air panas. Hati-hati.
  11. Pad panas
  12. Juga terdapat cara menggunakan acupressure. Klik ---> acupressure untuk melihat demo.

Kalau senggugut tersebut melarat sehingga menyebabkan demam, dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Painkiller boleh diambil jika disaran oleh doktor.


.....................................................

Apa macam? Sungguh penuh dengan ilmu pengetahuan entri kali ini kan. Huhu.. Bagi yang perempuan, sabar yep. Kesakitan yang kita alami kan penghapus dosa kecil kita. InsyaAllah. Apa-apa pun, semoga sakit itu dapat diatasi. Ada orang cakap, senggugut hilang bila sudah berkahwin. So, cepat-cepatlah kahwin yep. Hee... Wallahua'alam.



Sumber info: KotexWikiRatuHati, dan AlamHamil.


4 comments:

Woofer Storm said...

nasib baik tiada senggugut,ada pun cuma sikap suka merungut.hehee

#thank info^^

Unknown said...

info utk sesiapa yang bergelar bapa kepada anak perempuan.. =p

dja_amiensukhri said...

woofer storm: merungut?? huu, lebih kurang la tu sakitnya. (>.<)

dja_amiensukhri said...

ubaidillah: yep.. untuk cik huny pun bolehhh.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...