30 September 2012

Saya, dia, dan suaminya.



Dia dan suami pilih hari ini.
Tarikh ini.
Sebagai tarikh perkahwinan.
Saya tak kira!!
Walaupun mungkin hanya kebetulan, saya tetap nak terharu jugak.

Siapa dia?
Dia Kamahartini binti Ismail.
Kawan saya masa sekolah menengah.
Kawan baik.

Memang saya takkan lupa tarikh ni.
Sebab apa?
Sebab tarikh ni merupakan birthday saya yang ke 110 tahun.
Sayang kau lebih Tini!!

Ya Allah.
Berilah kebahagiaan kepada mereka.
Kebahagiaan sampai ke syurga.
Sesungguhnya dengan izinMU, tiada yang mustahil.



Psstt.. comel kan kereta merah kat tepi jalan tu.. ^_^
Psstt sekali lagi.. Umur saya bukan 110 tau.. hehe.. ^_^

25 September 2012

Babak filem.


Assalamualaikum dan hai semua..

Kalau dalam filem, frame gambar terjatuh dan berkecai sebagai petanda ada perkara yang kurang baik. Tak pun, pinggan terlepas dari tangan dan nasi pun berteraburan di lantai. Dan saya pula, jari terluka sebab terkena cermin yang pecah. Saya bukan artis untuk berdrama bagai. Tapi mungkin juga itu petanda kurang baik.
Haa, macam inilah lukanya. Tapi ni bukan jari saya.

Wallahu A'lam.

Saya menghubungi ibu. Kali pertama, tidak berjawab. Kali kedua, masih tidak berjawab. Dan kali ketiga, peti mel suara mengambil alih talian. Oh, kenapa ni ibu??

Ya. Rupa-rupanya memang benar saya ada berita kurang baik. Hmm, mungkin hanya kurang baik untuk saya sahaja. Ayah saya tidak sihat. Ayah dapat cuti seminggu dari pihak hospital. Teruk sangatkah keadaan ayah? Hati saya tak sedap. Saya nak balik rumah!!! (T_T)

Kepada ibu, saya cakap:
Semoga ayah cepat sembuh. Akak sayang ayah dengan ibu. Ibu jaga makan minum ayah tahu. Ibu jaga kesihatan ibu juga ea. Terima kasih ibu. 
Tapi kepada ayah saya cakap:
Akak dah servis kereta tadi. Boleh tahan la murahnya. Uncle tu cakap dia kenal ayah. Ooo, uncle tu kawan ayah ea? Hehe. .......... Hehe..

Sesuatu yang berbeza disembangkan. Saya tahu yang ayah tak nak saya risaukan dia. Sebak pula.

Akhir kata, doakan ayah saya ea kawan-kawan. Semoga ayah cepat sembuh. Amin.

23 September 2012

Honeymoon


Assalamualaikum dan hai semua!! :)

Dah lama saya bercuti dari berblogging. Sebenarnya, saya pergi honeymoon. Ops.. Oke, jangan percaya!! Saya belum bekahwin pun. Kalau saya kahwin, insyaAllah la lepas tu baru pergi honeymoon kan. Lallallalaa..

Sebenarnya, saya sudah kering idea. Untuk menceritakan perihal diri, tak menarik sangat pun ceritanya. Nak tampal info-info ilmiah, err dalam assignment pun tak cukup berilmiah sangat lagi. Nak bergosip-gosip bagai lak, kenal artis pun tak sangat. Saya ni, merepek je yang banyaknya kan. Hehehe..

Err, sebelum saya keluar dari blog yang tak comel banyak tapi comel sikit ni, saya nak tampal beberapa gambar. 

Dahulu kala, saya pernah bertukar menjadi ulat daun. :) 

Sue, Lya, saya, dan Emy. Kami di Universiti Malaya. 

Saya masuk paper. Cuba teka mana saya. Lalalalaa.

Kawan-kawan sekolah. Kami berdating di Pantai Balok, Kuantan. 

Saya dan kawan-kawan ke Parit Yaani. Kenduri kahwin saya punya kawan punya kakak. :) 



Baiklah, itu sahaja buat masa ni. Tataa~ ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...