17 January 2012

Suamiku amat kreatif.


Assalamualaikum. Hai semua. (^_^)
Jom luangkan masa baca kisah suami saya. Ops, kisah dia dan suaminya......
.................................................

Suasana di ruang tamu. Sunyi. Si isteri, Meme sedang menyapu sampah. Si suami, Akem sedang membaca akhbar. Sesekali, Akem menguap. Mengantuk mungkin. Meme pula menggeleng kepala melihat Akem.

Selesai menyapu sampah, Meme duduk dihadapan Akem.

Meme : Abang, tolong belikan barang dapur jap.
Akem : Okey, bagi abang notepad dengan pen tu. Nak salin.
Meme : Susu, gula, telur, teh, sardin, roti, dengan jus.
Akem : Jap...... (masih menyalin.)

Meme bangun lalu menuju kebilik untuk menjahit baju.

Dua jam kemudian.

Akem : Sayang.. Abang nak pergi kedai ni. (menjerit di ruang tamu.)
Meme : Ait? Abang baru nak pergi? (bercakap seorang diri sambil melihat jam ditangannya. )

Meme : Ingatkan dah pergi tadi. (bercakap seorang diri lagi sambil menggaru kepala.)

Meme kehairanan. Meme keluar dari bilik menjahit lantas menuju ke ruang tamu. Diatas meja, kelihatan notepad yang Akem minta untuk salin list barang tadi.

Meme : Patutlah lama sangat.. Macam ni abang senaraikan barang rupanya. Ish3... 

|
|
|
V

Meme : Kreatif jugak suami aku ni. (menggeleng kepala. Wink wink ^_^ Pastu senyum seorang diri.)

.................................................
Oke, TAMAT.

11 January 2012

Majlis Makan Malam


Assalamualaikum.. Hai (^_^) Ini cerita da lama. Tapi tak kira, saya nak cerita jugak..

Event: Majlis Makan Malam SeMAMPAN UMP
Tarikh: 27 Disember 2011
Tempat: Vistana Hotel, Kuantan, Pahang.
Menu: Chinese Course (7 hidangan tu!! Ngee..)


Hidangan pertama. ^_^

Saya makan memang khusyuk. Mak mertua lalu pun tak perasan. Ops.. =)

Ada gaya bakal ibu tak? Hehe. Cam ganas je dja oiii~

Hidangan keberapa entah. ^__^

Saya sibuk-sibuk nak jadi pompom girl. Eh silap. Usher la.
Kakak cantik yang pakai tudung silau-silau tu presiden SeMAMPAN. =)

Bersama pengarah program yang cumel dan emcee yang cute. 

Dari kiri: K.fizah, saya, K.syaie.

Heii, saya tak ready lagi laa!!

Oke, kali ini saya bersedia.

Dan....
Kadang-kadang saya over. -__-'


Okebai.. Saya sayang kat ----> SeMAMPAN. ♥

09 January 2012

Seperti kera dapat bunga


Assalamualaikum semua..
Halluuuuuu (^_^)

Hehe.. Tak ada apa sangat pun. Cuma nak cakap,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Yyeay yeay yeayy!!! Semester ni dah tamattttttt.. (>..<)

Nak balik rumah.

Nak makan banyak-banyak.
Nak tidur banyak-banyak.
Nak berjalan banyak-banyak.
Nak bercakap banyak-banyak.

Heh, semuanya tak sopan. -__-'
Tak kisahlah kalau tak dapat buat semua tu.
Yang penting dapat cuti bersama ayah dan ibuuuuuuu. =)


Hehe.. Byebye...
Eh jap.. Cam tak sesuai peribahasa tu. Saya bukan KERA tahu!!!! Oke, byebyeee sekali lagi.. (^_^)

08 January 2012

Senggugut bukan sesungut.


Assalamualaikum semua.

Senggugut? Apa tu? Tak bestnya bunyi dia. Nak cakap macam bunyi sesungut pun ada. Huu. Tiba-tiba lak tu masa exam ni lah saya nak post pasal ni. Ish3..

Senggugut itu salah satu sakit puan. Tapi info yang saya nak sampaikan ini bukan untuk perempuan jep. Lelaki pun boleh baca. Manalah tahu ada akak atau adik yang sakit macam ni ke kan. Tak pun, untuk future wife. Ops.. =) Bagi yang pernah mengalami, pasti faham.

Entri yang agak panjang walaupun hanya info secara ringkas. Apa-apa pun, selamat membaca yep.

Senggugut, kekejangan di bahagian perut.

.....................................................

Senggugut atau dari segi istilah perubatannya, dismenorea ialah sakit semasa period. Ada yang mengalaminya diawal period, dan tidak kurang juga diakhir period. Ada yang mengalami senggugut yang teruk dan ada juga yang hanya merasai sedikit kesakitan. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan kebanyakan yang mengalami senggugut tidak mahu keluar rumah untuk bekerja atau bersekolah.

Sebab-sebab senggugut =>
  1. Sejarah keluarga.
  2. Pengambilan kafien tinggi.
  3. Tekanan.
  4. Peningkatan usia.
  5. Sejarah kemurungan.
  6. Merokok.
  7. Faktor permakanan.
  8. Minum arak.
  9. Tempoh period lebih dari 5 hari.

Simptom-simptom senggugut => 
  1. Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
  2. Sakit kepala yang berdenyut-denyut.
  3. Muntah atau mual/loya.
  4. Sakit kaki dan bahagian belakang badan.
  5. Stress atau bimbang.
  6. Pergerakan usus yang tidak sekata.
  7. Pitam.
  8. Perut kembong.
  9. Payu dara bengkak atau sensitif.
  10. Masalah tidur (insomnia).
  11. Sakit sendi atau otot.
  12. Lesu.
  13. Emosi tidak stabil (Mood swings).

Cara-cara mengurangkan senggugut =>
  1. Berzikir. Tenangkan fikiran.
  2. Bersenam.
  3. Perbaiki diet. Banyakkan makan makanan berserat dan berprotien tinggi seperti kekacang, sayur dan ikan.
  4. Kurangkan garam.
  5. Dapatkan tidur yang cukup.
  6. Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Jangan minum kafein dan ais.
  7. Berhenti merokok
  8. Minum air yang direndam hirisan halia. Halia membantu merehatkan otot rahim.
  9. Minum atau mengamalkan makan kurma. Kurma memberi tenaga dan membantu melancarkan peredaran darah.
  10. Tuam bahagian perut dan pinggang dengan pad panas. Pad panas juga boleh dibuat menggunakan botol yang diisi air panas. Hati-hati.
  11. Pad panas
  12. Juga terdapat cara menggunakan acupressure. Klik ---> acupressure untuk melihat demo.

Kalau senggugut tersebut melarat sehingga menyebabkan demam, dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Painkiller boleh diambil jika disaran oleh doktor.


.....................................................

Apa macam? Sungguh penuh dengan ilmu pengetahuan entri kali ini kan. Huhu.. Bagi yang perempuan, sabar yep. Kesakitan yang kita alami kan penghapus dosa kecil kita. InsyaAllah. Apa-apa pun, semoga sakit itu dapat diatasi. Ada orang cakap, senggugut hilang bila sudah berkahwin. So, cepat-cepatlah kahwin yep. Hee... Wallahua'alam.



Sumber info: KotexWikiRatuHati, dan AlamHamil.


05 January 2012

Ingin ke kawasan bersalji??!?


Anda ingin ke kawasan bersalji??
Sebelum ke kawasan bersalji, anda mestilah mempraktikkan tengok salji dulu.
Tidak lah nanti anda terjerit-jerit excited.
Tapi..
Macam mana??
Meh..
Jom ikut saya.
Ini bukan MLM.
Bukan jugak berbayar.
Hanya orang bertuah dapat mengalaminya.
Hahahaha..




Langkah 1: pergi kat google.com
Langkah 2: taip let it snow kat search box
Langkah 3: tekan enter


Atau,
klik disini ------> dja.comel



Dengan serta merta anda akan merasai kesejukannya. Tingkap anda diselaputi kabus. Tangan anda pun terketar-ketar nak lap cermin tingkap. Saya sudah merasainya. Anda bila lagi?? Hahaha. Selamat mencuba yep.. (^_^)




Pssstt.. Saya jumpa link ni di FB dan terus g main salji.. Jangan jeles yep.. =P
Erkk, saya nak sambung study.. daaa..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...