29 May 2013

Doa untuk sahabat

  
  
Assalamualaikum.
Hai korang...
Harap korang semua dalam keadaan sihat-sihat ea.
Kalau yang tak sihat, mari baca doa ni.
  
  
Doa sembuh dari kesakitan..
 
 
Saya nak bacakan doa ini untuk kawan saya, Emy..
Rindu kat Emy..
Nah ubat untuk Emy..
Doakan dia cepat sembuh ea korang..
Semoga Allah dengar suara & permintaan saya..
Suara dan permintaan kita..
Amin... :'|
 
 

17 May 2013

Manisnya bila HALAL.


Assalamualaikum semua.. Hai!! (^_^)

dudududu.. *malu

Heeee senyum sampai sepet-sepet da mata ni. Malu konon. Eceh, tayah nak malu sangatlah dja. Hewww.. Sweetkan gambar tu. Ayatnya pun sweet-sweet je. Tengok tajuk post ni pun, tersipu saya. Err, poyo disitu.

Bukan gambar tu fokus utama saya. Walaupun sebenarnya saya tahu korang mengharapkan tempias dari gambar tu. Kan kan? Hihi..

Nak jadi sweet macam dorang, bukanlah hanya dengan mendekati atau meng-usha dorang sahaja. (Tahu tak ape usha? Alahai, usha yang orang zaman sekarang pakai tu. Tengok-tengok ke skodeng tah maksud spesifiknya.) Baiklah, berbalik kepada sweet tadi tu. kalau kita nak sweet macam dorang, kita kena perhatikan diri kita. Diri sendiri. Perbaikilah akhlak. Dan lebih mendekatkan diri dengan ALLAH. Nak orang baik, kita pun kenalah baik. Ye tak?

Saya? Banyak kekurangan. (Y_Y) Hmm, masih banyak yang perlu dipelajari. Belajaragama, agama, agama, memasak, mengemas, dan menghias..

Eh, baiklah. Apa mimpi saya nak berceramah bagai pulak da kan. Banyak cakap nanti tersasul ke menda lain pulak. Maklumlah, nak bercakap, kena ada ilmu. Dan manatahu saya menaip tanpa rasa keinsafan ke. Hmm, saya ada perasaan takut. Takut tak sempat je. (Bukan tak sempat kawen. Tak sempat bertaubat ler!) Korang, Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila masa je. Mungkin esok ataupun lusa, atau sekarang. Saya pernah dengar orang cakap, taubat boleh buat bila-bila je. Jangan tunggu. Tapi saya, Wallahua'lam.

Jom doa ramai-ramai.

بسم الله الرحمان الرحيم
Ampunkan dosa-dosaku.
Bukakan pintu hatiku untuk menjadi lebih baik.
Permudahkan urusanku.
Peliharakan diriku agar sentiasa berada dalam rahmat-Mu.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.
Perkenankan doaku ya Allah.
Amin..




Pssttt.. Kalau ada silap cakap, tegur tahu. Tegur! Jangan g print screen, pastu cakap saya sebar apa-apa pelik lak.
Pssttt lagi.. Maafkan saya kalau saya menaip pasal ni pun ada main-main ye.

10 May 2013

Jumaat yang kacak.


Assalamualaikum..
Hai Jumaat!


Jumaat korang lebih kacak kalau korang buat perkara-perkara sunat di hari Jumaat. Nak tahu apa? Klik sini.

Post ini mengandungi unsur-unsur yang poyo. Tolong baca hingga habis. Kalau tak, tidur anda akan dihantui saya. Saya. Saya. (bergema pulak) -_-

Pagi yang indah ini
Tersenyum sendiri
Ciap miap burung
Diluar jendela
Seakan memanggil namaku.

Huiii, jangan nak pagi sangat. Dah tengahari da ni. Zohor dah ni. Tadi masa untuk si jejaka menunaikan solat jumaat. Kan kan.

Duk buat kerja (PSM), saya terfikirkan ibu. Tet tet tet nombor ibu, saya dail. Borak-borak sikit tanya khabar. Pastu tersasul pulak ke topik ni. Topik mana?
Topik kat bawah nih...


Topik: ___________________________



 Saya : Ibu, bakal menantu ibu pergi solat Jumaat.
 Ibu : Oo, siapa? Hehehe (eksaited). Baru je ibu tanya alak"siapalah jodoh kakak agaknya?". Rupanya
 dah ada ehem2 tak beritahu.
 Saya : Hahaha (gelak besar). Manade lagi. Tapi bakal menantu ibu kan laki. Ofcos dia g solat jumaat.
 Ibu : Haishh, tak laku lagi anak ibu ni rupanya.
 Saya : Erk, amboi.. Babai ibu. Nak g cari jodoh sekarang jugak!


Hahaha.....
Ini semua poyo. Biarkan. Lebih-lebih lagi part tak laku tu. Ibu tak tahu yang kita hot. Sebab, kita yang rahsiakan. (Uweekkkk, sila muntah). Yang penting saya tahu ibu sayangkan saya. Yelah, ibu mana tak sayang anak (tetiba). Setakat ni tajuk sebenar topik masih tak dapat dikenal pasti. Heww, untunglah kalau ada yang sudi nak bagi tajuk kannn. Masalahnya, ada ke yang sudi baca post ni? Hehe.

Baiklah, itu sahaja. Sejak kebelakangan ni, saya banyak melalut. Mungkin sebab banyak kerja, saya melalut. Eh, tahu tak melalut tu apa? Kalau tak tahu, g google. Okelah, maaf salah silap ye. Tata korangggggg. Assalamualaikum. (^_^)




Psstt.. PSM adalah Projek Sarjana Muda a.k.a. Final Year Project (FYP) a.k.a. Projek Tahun Akhir (PTA).
Pssttt lagi.. Alak adalah nama panggilan adik saya dirumah. Orang pakai nama manja, dia pakai nama gengster.
Psstttt sekali lagi.. Saya baca semula post ni sebelum saya betul-betul publish. Saya rasa seolah saya mem-publish karangan yang tidak bernoktah. Walaupun ada banyak noktah. Huiii, mengapakah?

Korang, esok Rejab. Jom puasa!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...