10 May 2013

Jumaat yang kacak.


Assalamualaikum..
Hai Jumaat!


Jumaat korang lebih kacak kalau korang buat perkara-perkara sunat di hari Jumaat. Nak tahu apa? Klik sini.

Post ini mengandungi unsur-unsur yang poyo. Tolong baca hingga habis. Kalau tak, tidur anda akan dihantui saya. Saya. Saya. (bergema pulak) -_-

Pagi yang indah ini
Tersenyum sendiri
Ciap miap burung
Diluar jendela
Seakan memanggil namaku.

Huiii, jangan nak pagi sangat. Dah tengahari da ni. Zohor dah ni. Tadi masa untuk si jejaka menunaikan solat jumaat. Kan kan.

Duk buat kerja (PSM), saya terfikirkan ibu. Tet tet tet nombor ibu, saya dail. Borak-borak sikit tanya khabar. Pastu tersasul pulak ke topik ni. Topik mana?
Topik kat bawah nih...


Topik: ___________________________



 Saya : Ibu, bakal menantu ibu pergi solat Jumaat.
 Ibu : Oo, siapa? Hehehe (eksaited). Baru je ibu tanya alak"siapalah jodoh kakak agaknya?". Rupanya
 dah ada ehem2 tak beritahu.
 Saya : Hahaha (gelak besar). Manade lagi. Tapi bakal menantu ibu kan laki. Ofcos dia g solat jumaat.
 Ibu : Haishh, tak laku lagi anak ibu ni rupanya.
 Saya : Erk, amboi.. Babai ibu. Nak g cari jodoh sekarang jugak!


Hahaha.....
Ini semua poyo. Biarkan. Lebih-lebih lagi part tak laku tu. Ibu tak tahu yang kita hot. Sebab, kita yang rahsiakan. (Uweekkkk, sila muntah). Yang penting saya tahu ibu sayangkan saya. Yelah, ibu mana tak sayang anak (tetiba). Setakat ni tajuk sebenar topik masih tak dapat dikenal pasti. Heww, untunglah kalau ada yang sudi nak bagi tajuk kannn. Masalahnya, ada ke yang sudi baca post ni? Hehe.

Baiklah, itu sahaja. Sejak kebelakangan ni, saya banyak melalut. Mungkin sebab banyak kerja, saya melalut. Eh, tahu tak melalut tu apa? Kalau tak tahu, g google. Okelah, maaf salah silap ye. Tata korangggggg. Assalamualaikum. (^_^)




Psstt.. PSM adalah Projek Sarjana Muda a.k.a. Final Year Project (FYP) a.k.a. Projek Tahun Akhir (PTA).
Pssttt lagi.. Alak adalah nama panggilan adik saya dirumah. Orang pakai nama manja, dia pakai nama gengster.
Psstttt sekali lagi.. Saya baca semula post ni sebelum saya betul-betul publish. Saya rasa seolah saya mem-publish karangan yang tidak bernoktah. Walaupun ada banyak noktah. Huiii, mengapakah?

Korang, esok Rejab. Jom puasa!

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...saya berminat kata2 cik khadijah nie...cik khadijah sekarang sem brp??sudah berpunya??

Anonymous said...

:)

dja_amiensukhri said...

seram pulak dengar nama anonymous ni. haha, camne tahu nama sy? btw, sy sem 6. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...