28 December 2012

Senyum.


*Senyum... (=
Assalamualaikum..
Hai....

..jejengg..


Inilah rombongan Che Kiah. ~♥~
Maaf sebab gambar terlalu terang.
Jangan tanya siapa, bila, dimana, bagaimana atau mengapa.
Sebab saya masih tiada peluang untuk mengenalkan atau menerangkan semuanya.
Tapi kalau nak berkenalan, inbox la ye. 


Peperangan saya hampir tiba.
Saya nak final exam ni.
Maafkan saya.
Doakan saya.
Terima kasih...
*Senyum lagi... (=

Tataaa..

18 December 2012

I am a pilot.


Assalamualaikum dan hai sekali lagi..

Eh, I'm not a pilot but a project manager.
Dan sebenarnya, encik suami la yang pilot. TIPU!
Dah kenapa dengan saya ni? Rajin pulak mengupdate belog ni kan.
Kalau datang malasnya tu, mahu bertahun-tahun belog ni terbiar.. Hee..
Korang... Cuba tengok nih!!


 This is my project team. Cuba cari dimanakah nama saya.

Ni gantt chart untuk projek saya. Mesti nak cakap: Wow, hebatnya dija! Wahaha thanks korang!! =P

Tengok, kos pun dah beriban.. Cuba cakap, sapa nak sponsor ni?? Kalau nak, inbox nama dan nombor telefon kat saya ea.. Hihiii..


Psstt, klik gambar untuk tengok lebih jelas..
Inilah projek akhir untuk salah satu subjek yang saya ambil.
Sorry la tak describe panjang-panjang.
Apa pun, Alhamdulillah...
Rasa puas setelah penat bertungkus-lumus menyiapkan menda ni tau.
Sape rasa nak mintak saya buatkan plan projek, roger saya okey?
Baiklah, saya cuma bergurau. >_<



Eh terlupa. Ini pulak gambar saya sedang honeymoon sorang-sorang sebab encik suami kena fly. Ops, abaikan..


Terima kasih dan tataa korang.. =)

International night


Assalamualaikum dan haiii ^_^

Nah sebijik gambar.


Haha.. Comot kan saya..

Klik gambar tu untuk tengok gambar yang lain-lain ye.. Cett, macam la ada orang nak tengok kan..
Hee, tataaa :)

01 December 2012

perasan MALU


Assalamualaikum dan hai semua.
Fuhh. Blog ni seakan dilupakan. Sebenarnya tidak. Cuma, saya agak sibuk. Hmm..

Apa yang saya nak cakap adalah perihal perasaan. Bukan perasan.

saya malu dengan ALLAH sebab saya hanya ingatkan DIA ketika susahnya saya.
saya malu dengan ibu&ayah sebab mereka terpaksa datang tengok keadaan saya&kereta di bengkel.
saya malu dengan ibu&ayah sebab asyik habiskan duit mereka.
saya malu dengan kawansaya sebab bagi pinjam kereta yang tak baik keadaannya.
saya malu dengan kawansaya sebab dia terpaksa menghabiskan masa teman saya dibengkel kereta.
saya malu dengan pacikbengkel sebab mereka nampak saya menangis.
saya malu dengan keretasaya sebab saya tak pernah berterima kasih tetapi asyik marahkan dia.
saya malu dengan dirisaya sebab masih tak matang dalam membuat keputusan.


Hmm.. tak habis lagi.

saya malu dengan blogsaya sebab masa nak mengadu je saya cari dia.
saya malu dengan awak sebab awak kena baca post yang agak tak best ni.

Maaf.
Dan.
Terima kasih.


31 October 2012

Demi masa


Assalamualaikum..

Cadangnya nak update blog yang tak seberapa ni. So, taip-taip la madah pujangga sikit. Ayat-ayat cinta, kasih, rindu, semua sedang ditaip. (Amboi, pernah ke? -_- hee..) Tapi tengok jam, tak sempat. Tadek masa. Simpan semua idea. Akhirnya nanti, terlupa semuanya. Tersimpan berdebu dalam draft.

Teringin jugak berjalan-jalan ke blog kawan-kawan yang lain. Tapi tadek masa jugak. Serius.


Masa terlalu singkat. Atau masa saya terlalu berisi penuh. Entahlah.


Err, menaip menda yang tadek isi ni pun ambil masa sampai setengah jam. Atau, silap saya yang menaip terlalu perlahan? Eh, baiklah. Tataa semua. Perlu kejar masa.

30 September 2012

Saya, dia, dan suaminya.



Dia dan suami pilih hari ini.
Tarikh ini.
Sebagai tarikh perkahwinan.
Saya tak kira!!
Walaupun mungkin hanya kebetulan, saya tetap nak terharu jugak.

Siapa dia?
Dia Kamahartini binti Ismail.
Kawan saya masa sekolah menengah.
Kawan baik.

Memang saya takkan lupa tarikh ni.
Sebab apa?
Sebab tarikh ni merupakan birthday saya yang ke 110 tahun.
Sayang kau lebih Tini!!

Ya Allah.
Berilah kebahagiaan kepada mereka.
Kebahagiaan sampai ke syurga.
Sesungguhnya dengan izinMU, tiada yang mustahil.



Psstt.. comel kan kereta merah kat tepi jalan tu.. ^_^
Psstt sekali lagi.. Umur saya bukan 110 tau.. hehe.. ^_^

25 September 2012

Babak filem.


Assalamualaikum dan hai semua..

Kalau dalam filem, frame gambar terjatuh dan berkecai sebagai petanda ada perkara yang kurang baik. Tak pun, pinggan terlepas dari tangan dan nasi pun berteraburan di lantai. Dan saya pula, jari terluka sebab terkena cermin yang pecah. Saya bukan artis untuk berdrama bagai. Tapi mungkin juga itu petanda kurang baik.
Haa, macam inilah lukanya. Tapi ni bukan jari saya.

Wallahu A'lam.

Saya menghubungi ibu. Kali pertama, tidak berjawab. Kali kedua, masih tidak berjawab. Dan kali ketiga, peti mel suara mengambil alih talian. Oh, kenapa ni ibu??

Ya. Rupa-rupanya memang benar saya ada berita kurang baik. Hmm, mungkin hanya kurang baik untuk saya sahaja. Ayah saya tidak sihat. Ayah dapat cuti seminggu dari pihak hospital. Teruk sangatkah keadaan ayah? Hati saya tak sedap. Saya nak balik rumah!!! (T_T)

Kepada ibu, saya cakap:
Semoga ayah cepat sembuh. Akak sayang ayah dengan ibu. Ibu jaga makan minum ayah tahu. Ibu jaga kesihatan ibu juga ea. Terima kasih ibu. 
Tapi kepada ayah saya cakap:
Akak dah servis kereta tadi. Boleh tahan la murahnya. Uncle tu cakap dia kenal ayah. Ooo, uncle tu kawan ayah ea? Hehe. .......... Hehe..

Sesuatu yang berbeza disembangkan. Saya tahu yang ayah tak nak saya risaukan dia. Sebak pula.

Akhir kata, doakan ayah saya ea kawan-kawan. Semoga ayah cepat sembuh. Amin.

23 September 2012

Honeymoon


Assalamualaikum dan hai semua!! :)

Dah lama saya bercuti dari berblogging. Sebenarnya, saya pergi honeymoon. Ops.. Oke, jangan percaya!! Saya belum bekahwin pun. Kalau saya kahwin, insyaAllah la lepas tu baru pergi honeymoon kan. Lallallalaa..

Sebenarnya, saya sudah kering idea. Untuk menceritakan perihal diri, tak menarik sangat pun ceritanya. Nak tampal info-info ilmiah, err dalam assignment pun tak cukup berilmiah sangat lagi. Nak bergosip-gosip bagai lak, kenal artis pun tak sangat. Saya ni, merepek je yang banyaknya kan. Hehehe..

Err, sebelum saya keluar dari blog yang tak comel banyak tapi comel sikit ni, saya nak tampal beberapa gambar. 

Dahulu kala, saya pernah bertukar menjadi ulat daun. :) 

Sue, Lya, saya, dan Emy. Kami di Universiti Malaya. 

Saya masuk paper. Cuba teka mana saya. Lalalalaa.

Kawan-kawan sekolah. Kami berdating di Pantai Balok, Kuantan. 

Saya dan kawan-kawan ke Parit Yaani. Kenduri kahwin saya punya kawan punya kakak. :) 



Baiklah, itu sahaja buat masa ni. Tataa~ ^_^

28 April 2012

Allah Maha Mengetahui.


Assalamualaikum semua..


menanti dengan sabar..
#pasti ada hikmah disebalik semuanya~ (^_^)

25 March 2012

Pencinta Terbaik


Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Harap semua dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
Korang da tengok cerita cinta penyu. Eh, cinta kura-kura.
Hehee. Saya da tengok..
Em, boleh la tahan. Sweet, lawak, sedih, geram semua ada.
Pengajaran yang saya dapat dalam cerita ni ialah:

  • "Jangan nak pendam sangatlah perasaan awak tu. Ego ke apa haa??"
  • "Jangan sebab awak terlambat, awak terlepas."
  • "Dengki mendengki bukanlah amalan yang bagus."


Ops.. Pengajaran ke apa tuh? =P
Saya ada terbaca:
Cukup cintai ia dalam diam. Bukan kerana membenci hadirnya... Tapi menjaga kesuciannya. Bukan kerana menghindari dunia... Tapi meraih syurga-Nya. Bukan kerana lemah untuk menghadapinya... Tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.
Wallahu'alam..
Dalam banyak-banyak part, OSTnya yang saya suka. Hee (^_^)
Klik sini untuk download.

Pencinta terbaik, Sofazr.

Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna

Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta... ooo
Pencinta terbaik 

|
|
V

Eh, gambar yang ditampal tidak ada kaitan dengan entry.
Sedikit ulasan: Saya seorang yang fokus. Sangat.


psstt.. Saya bukan pemalu tapi penyegan.
Oke, tataa~


21 March 2012

Hobi


pok pok pok
Eh, camtu ke bunyinya?
Inilah hobi saya bila dapat biskut dalam tin. Berebut amik menda ni dulu taw.
Biskutnya, makan esok pun takpe. Hehe...
Ish, dari kecik sampai da besar, menda ni tetap jadi hobi saya.
(^_^)

Korang pom mesti pernah wat kan?
Erkk, oke.. Saya jela yang main menda ni.
Hahaha.. =P


.

18 March 2012

Doa apabila terlupa

Assalamualaikum. Hai semua...
Apa khabar? Huu.. Khabar saya yang tak berapa baik ni. =(

Hmm, saya da hilangkan fail merah jambu saya. Owh, kemana sahajalah saya letak fail tu. Huwaaaaaa, nak nanges!!! Dalam tu penuh dengan dokumen group assignment taw. Camne ni?? (T_T)


Tadi saya call ibu, tanya kot kot lah ada tertinggal kat rumah. Ibu cakap tak ada. Ibu pesan, istighfar banyak-banyak. Selawat jangan lupa. Rehat. Nanti da tenang, cuba cari.

Ibu pun pesan suh baca doa ni:::



Doa apabila terlupa.

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.




Huwaa. Ehh, nasib baik saya tak nanges camni kan.

Ya Allah.. Harap dapat jumpa fail tu semula dalam masa terdekat ni.
Amin.

17 March 2012

dan.. Suria pun tersenyum

Assalamualaikum semua.
Hai!!!!
Dah lama tak singgah sini. Saya 'BUSY' kot. Maaf la ye. Hehe.
Eh, jap. Suria tersenyum ke? Huhu, korang tak rasa ke kalau cuaca yang baik tu macam seluruh alam sedang ceria? SubhanAllah, indahnya ciptaan Allah kan?
Bila dah ceria ni, saya mulalah menyanyi. Terkeluar pulak lagu ni. Jom ikut saya nyanyi sama-sama.. =)


♫♫♫♫♫♫♫♫♫

senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyum lah dari hati
dunia mu berseri
senyum umpama impian dalam kehidupan
kau tersenyum
ku tersenyum
kemesraan menguntum

senyum
kepada semua
senyuman mu amat lah berharga

senyum
membahagiakan
dengan senyuman terjalin lah
ikatan

(^_^)


Oke, itu sahaja. Laen kali saya cerita pula bagaimana 'BUSY'nya saya ye. Daaa~ 

01 February 2012

Tips untuk Berjimat.


Assalamualaikum. Hai semua!! (^_^)


Saya masih bercuti. Berjalan situ, sana dan sini. Duit minyak kereta, duit makan, duit shopping. Konklusinya, duit saya keluar macam air. Lagi dua minggu nak masuk belajar semula.Tapi... Tengok poket, da kering der. Kad ATM pun nampak semakin nipisss jep.Heh.. -_-’ Macam mana ni?

Sekarang masanya untuk berjimat!! Tengok tajuk pun dah tahu saya nak bagi tips an. Cehh, macam la banyak sangat tipsnya. Masalahnya, tak terlambat ker? Uish, mana ada terlambat. Bukan untuk dua minggu lagi sahaja, tapi untuk masa hadapan kan. Oleh yang demikian, saya tetap nak teruskan niat tulus, suci lagi murni tu. Fighting!! (>_<) (jangan nak excited sangatlah. Yang penting, buat apa yang dicakapkan taw.)

Macam-macam cara untuk berjimat sebenarnya an. Banyak yang ibu selalu pesan dan ini diantaranya:


  1. Listkan barang yang nak dibeli. Bila da list, semak apa yang perlu & apa yang kurang perlu. Masa nak membeli, UTAMAKAN YANG PERLU. 
  2. Kalau boleh sebelum membeli, BUAT PERBANDINGAN HARGA.
  3. SIMPAN RESIT-RESIT PEMBELIAN untuk perkiraan keluar masuk belanja dalam sebulan atau setahun. Wah, macam akauntan lak an. Hehe. 
  4. Nak makan? BAWA BEKAL MAKANAN DARI RUMAH kan lebih jimat.


Tapi......................
Apa yang saya nak, lain dari apa yang ibu cakap. Saya nak:

  1.  Mesin ATM tanya apa yang kita nak buat dengan duit yang kita nak keluarkan. Contohnya kita nak keluarkan RM500 untuk beli baju, kasut, makan, wayang, dan minyak wangi dan lain-lain. Tapi mesin tu hanya keluarkan RM50 untuk makan sahaja. Katanya, yang lain tu tak penting. Tak ke bengang kita? Tapi oke la tu, boleh berjimat an. Ngehehe =P
  2. Tabung istimewa. Tabung tu ada perisian istimewa dimana duit perlu dimasukkan didalamnya setiap satu jam. Kalau tak, tabung tu ~~boom kebaboom~ meletup. Kejamnya!!
    Tapi dengan cara tu je saya boleh menabung. =P



Ini bukan tabung istimewa oke!!

Ada ke ATM atau tabung istimewa macam tu ea? Eh, tak ada kan?? Hehe. Banyak berangan la dija ni. Apa-apa pun, kita perlu berjimat. Untuk panduan masa hadapan taw. Nanti tak lah sesak sangat nak beli perkakas rumah, nak beli barang dapur, nak beli pakaian kita, nak beli keperluan anak-anak. Ops…


Apa-apa pun, SELAMAT BERJIMAT CERMAT yep!! (^_^)

17 January 2012

Suamiku amat kreatif.


Assalamualaikum. Hai semua. (^_^)
Jom luangkan masa baca kisah suami saya. Ops, kisah dia dan suaminya......
.................................................

Suasana di ruang tamu. Sunyi. Si isteri, Meme sedang menyapu sampah. Si suami, Akem sedang membaca akhbar. Sesekali, Akem menguap. Mengantuk mungkin. Meme pula menggeleng kepala melihat Akem.

Selesai menyapu sampah, Meme duduk dihadapan Akem.

Meme : Abang, tolong belikan barang dapur jap.
Akem : Okey, bagi abang notepad dengan pen tu. Nak salin.
Meme : Susu, gula, telur, teh, sardin, roti, dengan jus.
Akem : Jap...... (masih menyalin.)

Meme bangun lalu menuju kebilik untuk menjahit baju.

Dua jam kemudian.

Akem : Sayang.. Abang nak pergi kedai ni. (menjerit di ruang tamu.)
Meme : Ait? Abang baru nak pergi? (bercakap seorang diri sambil melihat jam ditangannya. )

Meme : Ingatkan dah pergi tadi. (bercakap seorang diri lagi sambil menggaru kepala.)

Meme kehairanan. Meme keluar dari bilik menjahit lantas menuju ke ruang tamu. Diatas meja, kelihatan notepad yang Akem minta untuk salin list barang tadi.

Meme : Patutlah lama sangat.. Macam ni abang senaraikan barang rupanya. Ish3... 

|
|
|
V

Meme : Kreatif jugak suami aku ni. (menggeleng kepala. Wink wink ^_^ Pastu senyum seorang diri.)

.................................................
Oke, TAMAT.

11 January 2012

Majlis Makan Malam


Assalamualaikum.. Hai (^_^) Ini cerita da lama. Tapi tak kira, saya nak cerita jugak..

Event: Majlis Makan Malam SeMAMPAN UMP
Tarikh: 27 Disember 2011
Tempat: Vistana Hotel, Kuantan, Pahang.
Menu: Chinese Course (7 hidangan tu!! Ngee..)


Hidangan pertama. ^_^

Saya makan memang khusyuk. Mak mertua lalu pun tak perasan. Ops.. =)

Ada gaya bakal ibu tak? Hehe. Cam ganas je dja oiii~

Hidangan keberapa entah. ^__^

Saya sibuk-sibuk nak jadi pompom girl. Eh silap. Usher la.
Kakak cantik yang pakai tudung silau-silau tu presiden SeMAMPAN. =)

Bersama pengarah program yang cumel dan emcee yang cute. 

Dari kiri: K.fizah, saya, K.syaie.

Heii, saya tak ready lagi laa!!

Oke, kali ini saya bersedia.

Dan....
Kadang-kadang saya over. -__-'


Okebai.. Saya sayang kat ----> SeMAMPAN. ♥

09 January 2012

Seperti kera dapat bunga


Assalamualaikum semua..
Halluuuuuu (^_^)

Hehe.. Tak ada apa sangat pun. Cuma nak cakap,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Yyeay yeay yeayy!!! Semester ni dah tamattttttt.. (>..<)

Nak balik rumah.

Nak makan banyak-banyak.
Nak tidur banyak-banyak.
Nak berjalan banyak-banyak.
Nak bercakap banyak-banyak.

Heh, semuanya tak sopan. -__-'
Tak kisahlah kalau tak dapat buat semua tu.
Yang penting dapat cuti bersama ayah dan ibuuuuuuu. =)


Hehe.. Byebye...
Eh jap.. Cam tak sesuai peribahasa tu. Saya bukan KERA tahu!!!! Oke, byebyeee sekali lagi.. (^_^)

08 January 2012

Senggugut bukan sesungut.


Assalamualaikum semua.

Senggugut? Apa tu? Tak bestnya bunyi dia. Nak cakap macam bunyi sesungut pun ada. Huu. Tiba-tiba lak tu masa exam ni lah saya nak post pasal ni. Ish3..

Senggugut itu salah satu sakit puan. Tapi info yang saya nak sampaikan ini bukan untuk perempuan jep. Lelaki pun boleh baca. Manalah tahu ada akak atau adik yang sakit macam ni ke kan. Tak pun, untuk future wife. Ops.. =) Bagi yang pernah mengalami, pasti faham.

Entri yang agak panjang walaupun hanya info secara ringkas. Apa-apa pun, selamat membaca yep.

Senggugut, kekejangan di bahagian perut.

.....................................................

Senggugut atau dari segi istilah perubatannya, dismenorea ialah sakit semasa period. Ada yang mengalaminya diawal period, dan tidak kurang juga diakhir period. Ada yang mengalami senggugut yang teruk dan ada juga yang hanya merasai sedikit kesakitan. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan kebanyakan yang mengalami senggugut tidak mahu keluar rumah untuk bekerja atau bersekolah.

Sebab-sebab senggugut =>
  1. Sejarah keluarga.
  2. Pengambilan kafien tinggi.
  3. Tekanan.
  4. Peningkatan usia.
  5. Sejarah kemurungan.
  6. Merokok.
  7. Faktor permakanan.
  8. Minum arak.
  9. Tempoh period lebih dari 5 hari.

Simptom-simptom senggugut => 
  1. Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
  2. Sakit kepala yang berdenyut-denyut.
  3. Muntah atau mual/loya.
  4. Sakit kaki dan bahagian belakang badan.
  5. Stress atau bimbang.
  6. Pergerakan usus yang tidak sekata.
  7. Pitam.
  8. Perut kembong.
  9. Payu dara bengkak atau sensitif.
  10. Masalah tidur (insomnia).
  11. Sakit sendi atau otot.
  12. Lesu.
  13. Emosi tidak stabil (Mood swings).

Cara-cara mengurangkan senggugut =>
  1. Berzikir. Tenangkan fikiran.
  2. Bersenam.
  3. Perbaiki diet. Banyakkan makan makanan berserat dan berprotien tinggi seperti kekacang, sayur dan ikan.
  4. Kurangkan garam.
  5. Dapatkan tidur yang cukup.
  6. Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Jangan minum kafein dan ais.
  7. Berhenti merokok
  8. Minum air yang direndam hirisan halia. Halia membantu merehatkan otot rahim.
  9. Minum atau mengamalkan makan kurma. Kurma memberi tenaga dan membantu melancarkan peredaran darah.
  10. Tuam bahagian perut dan pinggang dengan pad panas. Pad panas juga boleh dibuat menggunakan botol yang diisi air panas. Hati-hati.
  11. Pad panas
  12. Juga terdapat cara menggunakan acupressure. Klik ---> acupressure untuk melihat demo.

Kalau senggugut tersebut melarat sehingga menyebabkan demam, dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Painkiller boleh diambil jika disaran oleh doktor.


.....................................................

Apa macam? Sungguh penuh dengan ilmu pengetahuan entri kali ini kan. Huhu.. Bagi yang perempuan, sabar yep. Kesakitan yang kita alami kan penghapus dosa kecil kita. InsyaAllah. Apa-apa pun, semoga sakit itu dapat diatasi. Ada orang cakap, senggugut hilang bila sudah berkahwin. So, cepat-cepatlah kahwin yep. Hee... Wallahua'alam.



Sumber info: KotexWikiRatuHati, dan AlamHamil.


05 January 2012

Ingin ke kawasan bersalji??!?


Anda ingin ke kawasan bersalji??
Sebelum ke kawasan bersalji, anda mestilah mempraktikkan tengok salji dulu.
Tidak lah nanti anda terjerit-jerit excited.
Tapi..
Macam mana??
Meh..
Jom ikut saya.
Ini bukan MLM.
Bukan jugak berbayar.
Hanya orang bertuah dapat mengalaminya.
Hahahaha..




Langkah 1: pergi kat google.com
Langkah 2: taip let it snow kat search box
Langkah 3: tekan enter


Atau,
klik disini ------> dja.comel



Dengan serta merta anda akan merasai kesejukannya. Tingkap anda diselaputi kabus. Tangan anda pun terketar-ketar nak lap cermin tingkap. Saya sudah merasainya. Anda bila lagi?? Hahaha. Selamat mencuba yep.. (^_^)




Pssstt.. Saya jumpa link ni di FB dan terus g main salji.. Jangan jeles yep.. =P
Erkk, saya nak sambung study.. daaa..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...