30 April 2011

saya menunggu sekali lagi


saya suka lisa.surihani.. suke sangat.. canteq+ kurus+ educated+ sopan+ macam saya.. heh =.=''

saya baru dapat taw yang lisa.surihani ada movie baru.. SEKALI.LAGI.. kua 30JUN2011 nati.. waaa, tak sabar nak tengok.. hehe.. lagilagi bila lisa.surihani berganding ngan shaheizy.sam dan mia.sara.nasuha.. bertambahtambah lak ketidaksabaran ini.. papepom, layan je laa video bawah neh..




Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah ini.

waaaa~~ EXCITED!! haha..
m0od:: tunggu SEKALI.LAGI..


pstt, saya ada paper lagi selasa depan.. jom turun jomheboh kuantan sabtu.ahad ni.. *release tension kononnya..* hehe.. (=

27 April 2011

AKAUNTAN YANG GLEMER...


1225malam saya ngah wat revision sal akaun neh.. untuk paper 0900pagi sok.. tetiba rasa cam saya pandai gak saya ni rupanya.. ouhh.. (^_^)

oke, nak berangan jadik akauntan glemer.. haha.. papepom, wish me lucks yep.. =)

haaa, tengok!! busy kan saya? kan? kan?


26 April 2011

..psych0..

waa.. pecah rekod kot... enam ari tak post pape dalam belog ni.. ni pon singgah jap je.. saya da masuk minggu peperangan.. sooo, kat sini ada beberapa permintaan.. tak banyak dan tak laa sikit sangat.. beberapa jep.. hee =.=' daa penin sbb banyak study kot..

oke, permintaannya ialah::

  1. ampunkan salahsilap saya.. seandainya ada terkomen kat belog kamu semua yang bukanbukan tu maap la ek..
  2. halalkan makanminum saya.. (*_*)
  3. doakan kesenangan saya nak menjawab solansolan tersebut.. even solan tu agak susahh..
  4. doakan saya dapat dean.. waa, cam tak jee.. tapi mane la taw kan.. empatpuloh orang doa, termakbul lak tu.. =)
tetiba rasa perlukan urutan kepala.. hehe.. (^_^)

psstt, law ikut jadual, 26042011 adalah PSYCHO paper.. =.=' oke, gudnite.. ♥

20 April 2011

AMARAN untuk saya dan awak juga!!

saya jumpa respon syaitan terhadap kita dan Al-Quran di belog yaya..
  1. Ketika awak membawa Al-Quran, respon syaitan biasabiasa saja…tengok kosong jep..
  2. Ketika awak membuka Al-Quran, syaitan mulai curiga..
  3. Ketika awak membaca Al-Quran, syaitan resah dan gelisah..
  4. Ketika awak memahami Al-Quran, syaitan mula terkejangkejang..
  5. Ketika awak mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan setiap hari, syaitan terus stroke..

So, teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jangan sebarkan, kerana ia tidak penting langsung!!” Oke, sekarang kamu nak dengar kata syaitan ker??? Sebarsebarkan lah yep..

semoga kita sentiasa mengamalkannya bacaan Al-Quran..

psttt.. pesanan ini untuk awak semua dan diri saya juga.. semoga kita saling ingatmengingatkan.. terimakasih (=

18 April 2011

Study Sambil Senyum..


buku Industrial/0rganizational Psycology saya ada 475pages dan tadi saya berada di mukasurat 74.. (itu menunjukkan yang saya study) adehh =.=" sesambil study, saya layan lagu nih... so, saya ley study sambil senyum sorangsorang.. (=



Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam

Melihat dirimu
Ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku disampingmu peluk tubuhku

Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku.. jangan lepaskan
Tetaplah kau disini harungi malam

Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelengkap ku di dunia

tengok gambar nih pom ley senyum sorangsorang.. cute la awak ni.. ops~~
pstttt.. cikgu saya cakap, study sambil senyum baru ilmu senang masuk.. hehe.. dan sekarang saya senyum sorangsorang sebab tengok juadah berbuka puasa hari ini.. (blurppp~~perot saya berbunyi)

17 April 2011

penin.. @#&*$&!!&

huuhu.. apa yang penin sangat ni?? ce try test jawab tekateki ni..  (=

  1. kenapa siputbabi jalan lambat??
  2. semakin potong, semakin tinggi..
  3. kereta dengan motor, yang mana lagi tua??
  4. sudah potong, tetap panjang..
  5. binatang apa yang ley bertelur dan beranak??
  6. saya ada 6 biji duyan, kamu mintak 1.. berapa yang tinggal??
  7. dalam banyakbanyak bunga, bunga apa disiram ia mati??
nak jawab tekateki ni tak sepenin tengok gambar ni kot..

pstt saya penin tengok buku.. erk.. (*_*)

14 April 2011

KISAH SEORANG PENYANYI

erkk.. ni lebih kurang cam gosip laa kot.. hehe tadek laa.. saya tak berminat nak bergosip oke.. ni kisah si penyanyi kecil.. saya tataw laa pekerjaan dye penyanyi ke apa.. kita baca je laa cite nih yep.. (=

..............................................................................................................................................................................
watak::

  1. hariz, bapa tunggal, 35taun, eksekutif syarikat barangan eksport.
  2. daniel, anak tunggal, 3taun setengah.
  3. nek salmah, ibu kepada hariz merangkap nenek daniel, 76taun.

Sejak mak daniel meninggal, harizlah yang membesarkan daniel. Daniel seorang anak yang baik. TAPI..... (hehe, sambung baca yep) Hariz akan sentiasa bawak daniel ke tempat kijenye. Bila meeting, masuk lam bilik meeting. Bila dinner, daniel pom dinner.

Yang menjadi masalahnya. Setiap selang 20minit mesti daniel jerit.. PAPA... NAK KENCING!! Erk, orang sekeliling mesti pandang duabelah mata daa. Satu hari, hariz bisik kat daniel. DANIEL, PASNI LAW NAK KENCING CAKAP NAK NYANYI TAW. Daniel mengangguk. Hari berikutnya berlalu dengan baik. Tengah present paperwork, PAPA.. NAK NYANYI.. Hariz tersenyum, dye faham kehendak daniel dan cepatcepat bawak daniel keluar. Daniel mengamalkan ajaran hariz dengan baek.

Tak lama pastu, hariz dapat panggilan ke korea. Daniel terpaksa tinggal dengan nek salmah kerana daniel demam. Dimalam hening sunyi sepi, daniel mengejut nek salmah. NEK.. BANGUN NEK.. DANIEL NAK NYANYI!!!! nek salmah tersedar. Dalam keadaan mamai nek salmah cakap SHHH.. ORANG TAK NYANYI MALAM NI.. NATI JIRAN TERSEDAR LAK.. daniel menggoncang lagi tubuh nek salmah.. NEK, DANIEL NAK NYANYI!! dalam keadaan mamai lagi nek salmah bercakap.. OKE, NYANYI LAA KAT TELINGA NENEK NI SLOW SLOW YE..

..............................................................................................................................................................................
0ps~~ korang rase daniel watpe pastu?? erkk..  (*_*)

13 April 2011

1. Perihal Wanita


‎5 DEADLY TERMS USED BY A WOMAN.

  1. FINE - this is the word women use to end an argument when they know they are RIGHT & YOU need to SHUT UP. 
  2. NOTHING - means SOMETHING & u need to be WORRIED. 
  3. GO AHEAD - this is a dare, not a permission, DO NOT DO IT. 
  4. WHATEVER - is a woman's way of saying SCREW YOU. 
  5. THAT'S OK - she is thinking long & hard on HOW & WHEN you will pay for your mistake...
0ps~~ haha.. do you agree?? (^_^)

sumber:: mukabuku kawan saya.. (=

11 April 2011

best giler DER..

DER atau nama manjanya Dusun Eco Resort adalah satu resort best yang terletak di Bentong, Pahang. Resort ini menyediakan banyak pakej aktiviti dan penginapan bermula dari serendah RM36.00 satu malam. DER juga mempunyai oke, cukup laa setakat ni. law nak tahu lebih lanjut, google la eh.. hehe.. tujuan utama saya adalah untuk menceritakan keBEST-an saya sepanjang berada disana jep..

camne ek nak cerita? cilap tul tak amik gambar sebab sibuk sangat nak masukkan muka senirik lam dslr orang laen sampai fon murah saya pom diabaikan.. adehh.. hmm, saya cerita melalui aktiviti la yep..
  1. dalam perjalanan pergi:: saya duk ngan dak yang saya tak kenal. dye tanak pandang saya pom. so camne saya nak taw name dye.. )=
  2. sesampai diluar DER:: tengok fon, EMERGENCY CALL ONLY. owhhh.... )=
  3. perjalanan masuk DER:: naek lori wooo~ tak pernah pom naek lori seblum ni. tu pasal excited giler. melambunglambung rasanya. (kawen nati nak adiah lori boleh tak? cam best jep. haha) (>.<)
  4. icebreaking:: saya tersipusipu nak kenalkan diri. (~.~)
  5. tidow:: sejuk walaupom dah pakai selimut berlapislapis. agakagak suhu time tu 23⁰celcius kot.. grrr.. (*.*)
  6. mandi:: air dye memang terbaek laa. terus dipam dari kolam kot. sejuk giler. law basuh muka cam lam cerita P.RAMLEE pon takpe sebab wat camtu pom da segar. (tapi saya tak wat camtu larh!!) (>.<)
  7. makan:: best sesangat.. ikan patin masak tempoyak, rendang ayam, sup tulang, kari ikan yang kaw, keropok lekor. kami siap dapat bbq dari group laen lagi.. (>.<)
  8. explorace:: dapat group ngan dak kelas. berlari sanasini, kurang daa 1KG. ngee~ (>.<)
  9. jungle trekking:: trek yg agak susah tapi enjoy sebab saya berjaya wat semua. haha.. hebat la saya.. (>.<)
  10. mandi kolam:: waa, dapat berendam jap. pas puas berenang kuaklintang, baru laa naek dari kolam.. (>.<)
  11. nite walk:: saya takut akan kegelapan. naseb baek group saya support. bila kua, belagak cam berani jep. ececeeh.. (>.<)
  12. merentas jambatan gantung:: gayat giler... tapi tengok membe depan cool jep, so saya pom watwat cool laa.. huhu (>.<)
  13. flying fox:: arrrrrr.. nak jerit tapi tak terkeluar suara.. hehe.. (>.<)
  14. balek ump:: tidow sebab da penat sangat daa.. (+.+)
groupku yang cool.. enjoy ngan kamu semua.. terima kasih.. =)
berdiri: fatin, saya, adeq, iso, addam, ieqa.
duduk: muin, mat.red, o'ol.
disnap oleh amran menggunakan dslr addam. tQ..

kesimpulannya, program ni amat best.. saya boleh kurus ngan program camni.. so, saya berharap ada banyak lagi program camni.. haha.. =) 

10 April 2011

White Pouch GA yang bakal menjadi milik saya


first of all, terimakasih kepada ezza.haniza kerana rerajin memasukkan url saya ke dalam post beliau berikutan dengan giveaway dari lulu.caldina bersama lenloy-closet.

saya layak dapat white pouch ni sebab::
  1. saya pembersih. (pouch bag ni kan putih warnanye)
  2. saya menawan. (cam pouch bag ni jugak)
  3. saya sayang lulu.caldina ngan lenloy-closet termasuklah ezza.haniza.
  4. 1378 nombor yang bertuah..
baiklah, itu sahaja. terima kasih.. (sebab pertama dan kedua diisi sukasuka untuk memenuhkan entry walaupon sebenarnya amatbetul.. haha.. ~guraw~ )

oke, sekarang saya menjemput puan.adila dan puan.sofya untuk berebut giveaway ni.. ngee (^_^)


08 April 2011

Huh, saya tanak kawan awak!! (~.~)

agakagak laa kan, law orang yang tersinggung a.k.a touching ni selalu wat ape untuk hilangkan rasa tuh??


oke, jum kita survey ragam manusia dari kecik hingga laa ke besar.. hehehe..



Time kecik (1-6taun kot)::
Time bebudak nak barang pastu parent dorang tak kasi. Mulalaa berair mata. Statik je duk satu tempat. Law parent still wat tataw, dye mula nanges. Hentakhentak kaki lak tu. HUWAAAAAAAAAAA~~ 1mall dengar dorang jerit. Parent yang agak segan tu terpaksa laa dukung sambil pujuk. Time tu gak dye nak merontaronta. Law parent geram cilapcilap kena cepuk laa budak tu. Haih, bertambah laa volume raungan tu nanti....
Law ngan kawan asik jerit TANAK KAWAN!! =.='

Budak yang besar cikit (7-15taun.. hee) ::
Yang ini laen lak ceritanya. Maklum laa, da besar cikit, da pandai mengeluarkan rasa hati. Tak kira laa ngan parent atau ngan kengkawan. Asal parent marah sebab suh mengalah ngan adik, terus buat muka. Tak nanges, ego kononnya. Tapi dalam hati memberontak. Mula pikir napa aku je yang selalu kena marah?? aku anak angkat ke?? kedob0om~ Hempas pintu bilik, nanges sambil tekup muka ngan bantal. Sampai laa tertidur. Bila bangun tidur terus lupa apa yang berlaku tadi. Dah boleh maen ngan adikadik semula..

Law touching ngan kawan, merajuk bagai. Report kat orang laen. Bila ada yang usikusik, mula laa nak kejar tak puas hati. Pastu tak bertegur. Esok lusa, oke semula. Bila ada yang membangkit isu touching tu mula la nak tersipusipu. haha...

Remaja::
Haa, ni lagi advance. Law tersinggung ngan parent kul 9pagi, terus kua umah. Agakagak lapar dalam kul 2petang tu, balik laa makan. Time tu wat muka seposen. Dah ciap makan, oke semula.

Ngan kawan lak, lebih kurang je cam budak cuma tadek laa nak kejarkejar kan. Tapi ni amik masa lebih. Ada yang sampai setaun dua tak bertegur. kononnya aku takkan tegur dye selagi dye tak tegur aku. Haa, law da memasing wat keras kepala, lantak korang laa.

Law ngan couple lak, touching mengada je lebih. Ngah borakborak tetiba senyap tadek respon. Ada yang tak kena laa tu. Bila ditanya kenapa, dye cakap b tu, tadi baby cakap nak beg tu tapi b tukar topik pulak. Erkk, law nak beli laa senirik. Bukan husband kita pom nak mintak memacam. Si couple ni pujuk laa dengan aiskrim cornetto. Law yang tetap berdegil tu, jelas la beliau bermata duitan ($.$)..

Dewasa ---> tua::
Unpredictable. Dorang tak tunjuk yang dorang touching ke apa. Maklum laa, da ada anak dan ada juga yang bercucu. Law ada pom, dorang akan tegur slowslow. Law tersinggung ngan si suami/isteri atau orang lua sekali pon selalunya dye akan berkongsi dangan si anak. tapi law tersinggung dangan si anak?? hmm.. So, berjagajaga laa. Jangan buat parent kita tersinggung dengan sikap kita taw....


bermacam ragam kan. belum termasuk tersinggung sampai nak bunuh diri. erkk... tapi kan,,,,,,,, laki ke perempuan sama je kot. tipu laa law lelaki tak penah tersinggung. ego je lebih.. kankan???? (=
ok daaa~ dusun eco resort menanti saya..

07 April 2011

ni rahsia taw..

shhhh.. ni rahsia..
hei, da taw rahsia jangan laa baca..

owh, nampaknya awak tanak patuhi arahan saya.. (ececeh, arahan ker??) saya cakap, jangan baca!! ish, degil betul.. camne saya nak cerita rahsia saya ni law awak terus baca?? tutup la mata tu, jangan baca.. oke laa, g tekan link laen.. jangan baca daa.. emm, oke laa, saya cite..


sebenarnyaa~~
|
|
|
|

hmm.. tanak laa... selagi awak baca, selagi tu saya tanak cite..


dahdah laa tu.. g  laa tempat laen..

oke, biarlaa rahsia!

orang da cakap jangan baca nak baca jugak.. so sekarang sape yang salah? tanak la cite camni.. bukan rahsia laa namenya law awak baca.. dah la, jangan baca.. hmm.. tadek pape pon sebenarnya.. oke bye.. orang da cakap, tapi still nak baca jugak *blablabla~~ mengomel lagi*

06 April 2011

lembu punya susu, sapi dapat nama.


malam semalam, nak wat entry baru.. semangat la online.. lastlast keluar menda nih..

|
|
|
*_*


ait.. ape pasal pulak?? guna kabel kolej kediaman je pon.. err, jangan pikir saya berhutang taw.. ni P1 jiran saya punya.. tu laaa.. da beberapa kali jadi camni.. bak kata peribahasa:: lembu punya susu, sapi dapat nama.. eh bukan!! cubit peha kanan, peha kiri pon terasa sakitnya.. erkk, cam tak kena jugak laa.. (*_*) jiran punya P1, satu bilik saya taley online.. kira samasama rasa 'sakit' laa tu.. oke whatever~~ yang penting, sini bukan kelas bahasa melayu..

pstt.. sal kekeliruan tu, saya pilih untuk pergi Team Building di Bentong.. huhu.. 

hmmm.. saya terlupa apa yang nak diisi lam entry malam tadi..

05 April 2011

yang mana satu??


tataw nak pilih yang mana satu.. duadua nak saya.. 0ps, oke saya tipu..
jelas sangat laa tipu kan law duadua mamat atas nih nak kat saya.. haha.. hal sebenarnya, saya compius tentang aktiviti hujung minggu ni.. hmm..

pertama ---> Team Building di Bentong..
kedua ---> Trip to Waterfall bersama Dr.AJ di Kuantan

duadua aktiviti ni cam best.. adehh.. nak g mane 1 ni?? law team building tu mungkin penat cikit sebab 3ari, 2malam tapi best sebab dapat gather ngan ahli SeMAMPAN yang laen.. law trip ke waterfall tu lak, best jugak walaupon cuma hari ahad sebab makanmakan sesama dak POMOSH disertai lecturer tersayang.. erkkk... saya tataw nak pilih yang mane ni.. tolong saya.. (~_~)



pstttt.. confirm duadua aktiviti ni banyak makan kan.. haip, camne nak kurus?? haha.. baek study je hujung minggu ni.. ngeee...


04 April 2011

kurus tu cantek

sebenarnya saya tengah study.. erk..
oke, saya blogwalking..
ngah usha blog orang ternampak laa gegambar dorang...
dorang kurus..
saya jeles!!! waaaaaaa~~~
saya nak kurus jugak..
perlu ke diet??
oke, kena senaman. tapi sape nak teman saya??
bagi saya kurus tu cantek..
tapi tadek laa yang kuruskering tuuu.. ops..

nak kurus cam lisa.. (erkk.. berangan.sudaa.)
takpe.. saya ada dapat 1 tiPs nak kurus... law berjaya, nati saya share yep.. haha.. excited lak.. (>.<)

PEPERANGAN !!!!


perang merupakan menda yang tak diingini oleh semua orang. perang tu maksudnya perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama sendiri. perang merupakan pertikaian yang seharusnya dapat dielakkan. perang juga terdapat dalam bentuk fizikal dan mental. law nak memenangi sesuatu peperangan, kita perlu menyediakan strategi yang tiptop.. blablablabla~~~


______________________________

final exam da nak mula tak lame lagi...
erkkk.. kira nak berperang la tu kan..
ngeehehe~~

arabic for beginners ---> 13.04.2011
industrial psychology ---> 26.4.2011
introduction to cost accounting ---> 27.04.2011
principle of economics ---> 29.04.2011
project management ---> 03.05.2011

setiap subject tiga jam kredit.. FIGHTING!!!
gudluck eh kawankawan.. doakan saya juga.. (=


shhhhhh~~ lalu kat sini senyapsenyap je taw.. ngah study ni.. (>.<)

m0od:: baru nak mula study sebenarnye.. 0ps..

03 April 2011

..keMATANGANku..


saya dah matang.. saya ley wat keputusan senirik..
saya ley berdikari..

tapi........
ayah cakap TAK!!! saya takmatang..
saya selalu amik keputusan terburuburu..
saya suka ikut perasaan..
saya taley berdikari lagi tapi suka bawak diri..
ayah tak caye kat saya ke??


ayah cakap perjalanan hidup masih panjang..
kita tataw apa lagi yang akan terjadi..
ayah lagi paham erti hidup dari saya..
saya sayang ayah..
oke....
apa yang ayah cakap saya pertimbangkan..


pssstt.. ayah cakap, ayah akan bia saya wat keputusan senirik bila saya da matang dan saat itu ada pembimbing bernama suami.. 0pss~~

01 April 2011

Mak Lia Meninggal


0900pagi

hariz: lia, mak kau da meninggal. abang kau mesej ak tadi.

lia: (automatik nanges).. huwaaa~ aku nak balik..

lia menempah flight perlis ke johor dengan segera. flight terawal ada pada jam 1200tengahari. pembayaran dibuat. lia kemaskemas barang. selendang dililit menutupi rambutnya. jam 1100pagi, lia sudah tercegat di keretanya. hariz dan mail akan menghantar lia ke airport. mata lia bengkak. lia membuka dashboard dan merabaraba mencari sunglasses. mail dan hariz masih tidak keluar. lia terpandang kertas diatas seat pemandu. dicapai dan dibeleknya.

"APRIL FO0L"

darah lia menyirap. telefon bimbitnya dicapai. nombor adiknya didail.

adik lia: hello kakak. (suara happy dapat call dari kakaknya)

talian dimatikan. lia terfikir semula. yup, lia tak ada abang tapi kenapa lia percaya cakap hariz tu. cilap lia jugak sebab tak membuat panggilan kerumahnya terlebih awal. lia mencapai telefon lalu menaip mesej untuk hariz. "Alhamdulillah. semoga kau menerima balasan baik."
_______________________________

huhu.. inilah bahana april f0ol... law nak berguraw, ada tempatnya.. tapi bukanlah melibatkan kematian sehingga menyebabkan kesedihan.. law lia ni amik hati, pasti dye da serik nak berkawan dengan hariz.. law lia penghidap sakit jantung, xke boleh mati dapat berita mengejutkan??
berita kematian jangan dibuat maen..
saya ada g0ogle sal april f0ol tadi dan ada yang mengatakan,

APRIL F0OL IS HARAM kerana::
1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

so, pikirkan larh.. (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...