28 December 2011

Wallpaper

Assalamualaikum..
Hai semua!! =)

Saje je singgah sini. Tak lama. Sekejap je ni. Serius, sangat sekejap.



Cuma nak tunjuk wallpaper lappy saya buat masa ni.



Doakan saya yep.....
Oke, itu sahaja. Daa~~ ♥♥♥

26 December 2011

Mocca - I REMEMBER


Assalamualaikum..
Hai..... =)
Korang. jom layan lagu ni~~ Hehe ♥



I remember.. The way you glanced at me, yes I remember
I remember.. When we caught a shooting star, yes I remember
I remember.. All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember.. All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn

Do you remember?
When we were dancing in the rain in that December
And I remember.. When my father thought you were a burglar
I remember.. All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember.. All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn

I remember.. The way you read your books,
yes I remember
The way you tied your shoes,
yes I remember
The cake you loved the most,
yes I remember
The way you drank you coffee,
I remember
The way you glanced at me, yes I remember
When we caught a shooting star,
yes I remember
When we were dancing in the rain in that December
And the way you smile at me,
yes I remember



Lagu ni saya tujukan kat semua kawan-kawan saya..
Huhu, tibe-tibe je teringat saya nyanyi-nyanyi lagu ni pas SPM.. <-- syok sendiri
Wekkk, bialah.. seronok~ (^_^)

19 December 2011

Dija budak baik =)


Assalamualaikum.
Korangggg... Apa khabar? ^_^ 

Hari ni saya nak bercerita. Bukan sal Sang Kancil dan Buaya. Bukan jugak sal Potato People. Tapi pasal suara orang. Suara orang disekeliling kita bila kita berbuat baik. Pernah tak dengar orang cakap:

"Eley, kau ingat kau da bagus sangat ke nak tegur-tegur orang ni?? Da abis alim la tuh?!?"

Ops, kasar kan? Oke, abaikan. Kawan korang semua baik-baik kan. Mane ada yang cakap macam ni kan? Uishh, kawan saya pun tak pernah bercakap macam tu. Orang luar negara la tu kot. Tak pun orang planet lain. Eh, law planet lain bukan orang, tapi alien. Hehe.

Kalaulah saya terdengar alien bercakap seperti ini, mesti hati saya tersentuh. Bukan kerana terharu tapi tersentap oke. Kebetulan pulak tadi saya terjumpa kata-kata ni dari kawan saya. Match la sangat. So, tak salahkan saya berkongsi. Selamat membaca.. (^_^)



Orang yang tulis benda-benda baik,
Tak semestinya orang tu baik.
Tapi, sekurang kurangnya orang tu tak tulis benda-benda tak baik kan?

Orang cakap benda baik,
Tak semestinya orang tu baik.
Tapi, sekurang kurangnya orang tu tak cakap benda-benda tak baik kan?

Orang buat baik,
Tak semestinya orang baik.
Tapi sekurang-kurangnya orang tak buat benda yang tak baik kan?


Erk.. Jangan pening-pening. Secara ringkasnya, jangan menilai orang. Perhatikan diri kita dulu. Kenapa perlu pertikaian kebaikan orang sedangkan diri kita sendiri pun ketandusan. (^_^) Hehe. 

Apa yang saya faham, saya ni bukanlah bagus sangat pun. Tapi insyaAllah.. Saya menuju dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Semoga dipermudahkan. Amin..


Pssst.. orang cakap kalau sebut benda yang sama banyak kali, nanti jadi kenyataan. So, bacalah tajuk entry ni banyak-banyak kali yep.. Haha. Gurau je.. (>_<)

17 December 2011

Nasi Minyak VS Duyan..


Assalamualaikum..

Emm, pagi tadi kena bangun awal.
Ada kelas.
Normal la tu kan?
Eh, tak normal lah.
Hari ni hari Sabtu. Tapi ada kelas lak. Sabar jelaa.
Pergi kelas dengan muka senyum.
Moga-moga perjalanan ke kelas tu diberkati Allah hendaknya.
Tapi dalam hati terpikir-pikir, apesal lah kelas ni 3jam?? -__-'
Ish3.. Dija dija..

Tapi balik kelas.................

Kami pergi kenduri. Wahh, bergambar dengan pengantin. Ambil berkat. Haha. TAPI APESAL GAMBAR BERGEGAR??!? Oke, jurugambar kami tak professional. Ops, bukan lah. DSLR kamera kami xberkualiti. Apa-apa pun, terima kasihlah ye wahai jurugambar. (^_^)



 Dalam perjalanan kerumah pengantin, kami nampak banyak duyan. BANYAK! Kami pun berbincang. Bincang punya bincang, kami belilah duyan dalam perjalanan pulang dari rumah pengantin. Ini bukti kami di gerai duyan ye. Jangan cemburu. (^_^)




Dan inilah crew yang menjayakan program hari ini. Terima kasih ye korang. Terima kasih sebab bawak kita jalan jauh hari ni. Eh, ambil gambar dalam masjid la pulak. Ada gaya majlis akad nikah da. LEBIH-LEBIH LAGI YANG JUBAH PUTIH TU. Ops.. =P

Eh, kenapa saya tak ada dalam gambar yang atas ni? 
Sebab..
Sebab..



Hehe, sebab saya dah terbau-bau duyan yang ada dalam kereta taw..

i LOVE you duyan~~  (>..<)

Psstt.. Nasi minyak vs duyan sape yang menang yek? Huhu.. =)

12 December 2011

Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita


Assalamualaikum.
Hai semua!!!

Mesti terperanjatkan bila saya keluarkan entry macam ni. Uishh, umur tak cukup lagi dah nak cakap pasal lelaki idaman? Hamboiiii, gatai sangat da yep? Ish3.
Tak kiraaaaa!! Nak cakap jugak sal topik ni.

Dalam pemerhatian saya, kebanyakan wanita mengidamkan ciri-ciri yang berikut:

1. Beriman.
2. Penyayang.
3. Bertanggungjawab.
4. Kaya.
5.Romantik.
6. Kacak.
7. Setia.
8. Tak panas baran. Penyabar la tu. Hee.
9. Lawak.
10. Berpegang pada janji.

Cececeehh, senyum-senyum lak? suka la tu kan? Kan???
Apa yang saya nak tekankan disini ialah, ni ciri-ciri lelaki idaman wanita
Sekali lagi, ni ciri-ciri lelaki idaman wanita. Bukan saya taw! Saya masih lagi kanak-kanak . Ops. =P

Tapi, kenapa semuanya gambar Aaron Aziz yek? Hahaha .
Nak wat camne, saya masih didalam mood Ombak Rindu .
oowh Encik Hariz . Lalalala~  ^_^

Pssstt, kite amik gambar lam pacik google.. Maaf maaf..

07 December 2011

Mereka gedik dengan saya.

Assalamualaikum..
Hai! ^_^

Pernah tak rasa mata tergedik-gedik sendiri? Automatik. Eh jap, taw tak camne mata tergedik-gedik tu? Alamak, saya tak pasti la pulak perkataan spesifik untuk mata tergedik-gedik tu apa. Yang pasti, bukan macam mereka berdua ni taw.. (^_~)
|
|
V



Erk, abaikan mereka. Mereka hanya kenyit mata kat saya jep. Jangan jeles. Hehe. =P
Oke, berbalik kepada mata tergedik-gedik. Saya ada terdengar auta mengatakan perbezaan maksud mata kanan yang tergedik dan mata kiri yang tergedik.

Bila mata kanan tergedik-gedik, ini bermaksud ada orang jauh nak datang rumah. Alaa, macam ada orang nak melawat kita la tu. Hehe.

Tapi bila mata kiri tergedik-gedik, ini bermaksud ada something yang akan buat kita menangis. Huwaa~ tak suka!

Baru-baru ni, mata kiri saya tergedik-gedik. Saya cepat-cepat tutup mata saya. Takut la pulak law ada yang nampak, dia cakap saya nak gedik kat dia lak nanti. Saya beritau kat kawan, dia cakap mesti jap lagi dja nangis. Haa? Apakah ini satu petanda buruk? Saya wat tak tahu je. Tapi, tiba-tiba saya ternampak sesuatu yang mengganggu-gugat hati saya (cett, ayat sastera giler). Automatik saya menangis. Haha. Kelakar. Oke, itu sahaja.


Psstt, mungkin ianya hanya satu kebetulan. Jangan percaya auta tersebut oke. 

04 December 2011

Saya penculik alien. Percayalah.

Assalamualaikum. :)
Hai semua.


Psstt, nak mintak tolong ni. Ce tengok background ni jap. Alien kan? Alien kan?? Tolonglah cakap ia alien. Hopefully, tadek la gambar cik b*b* ataupun cik *nj*ng. Alien kan?? Alien yang cumel kan? Erk.


Saya culik alien-alien tu dari sini
|
|
v
*tipuuu*

Oke daa~

02 December 2011

darimo's blurp


Assalamualaikum.
Hai semua.
^_^

Lama tak masuk sini. Saya busy larh. Ngee~ sorry yep.
Eh jap, apakah, siapakah, mengapakah darimo's blurp tajuk entry saya hari ni?
Hehe. Tak tahu nak cakap apa.
Cuma.... Terima kasihlah Dar.
Terharu saya!!  (=

Ok, itu sahaja.
Selamat malam.
Assalamualaikum. Tataa~~

19 November 2011

Fobia.

Sambil study, saya layan lagu ni. Best la pulak. Hoho..

NASHRIN - Fobia Cinta
Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka
 
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta
Denyutan jantung aku tergendala


Psstt, nak download klik sini ya. ----> (^_^)
Rindu blog ni. Rindu kat semua. Nanti saya free saya datang lagi ya. Soryy. Daaa~ =)

14 November 2011

Saya makan 3 bucket KFC.


Assalamualaikum.. Hai kawan-kawan. ^_^

Hari kelmarin, 12November2011 Yayasan Taqwa memberi sumbangan kepada 500 orang pelajar di sekolah di sekitar Pelangai, Bentong. Maka pihak GPMS Pahang dan MAMPAN bekerjasama membantu mem-packing barang sumbangan mengikut nama pelajar dan saiz mereka. Saya pun sibuk-sibuk je join tolong mem-packing. Ait, saya tolong ker? Hehe.

Sekarang saya takmo banyak cakap. Tengok gambar jela eh. Hehe.

Sebelum memulakan kerja, saya mesti makan. Mengisi tenaga. Yeayy!


Pas makan saya berborak. Pas berborak saya berehat. =.='




Mereka dah mula bekerja. Ait, senyum-senyum?

Erk, mereka da semakin siyes.

Oke, saya pon wat kerja jugak. Saya siyes oke! Haha.. =P

Pssttt, masa tak mengizinkan saya berlama-lama disini. Saya kan SPM ada test. Midterm test taw. Okbai.  ^_^
Eh jap, tetiba nak highlight tajuk entry nih. Haha. Daaa~

10 November 2011

TARRAAAAAAAAA!!


There are two reasons why people change.
First, they have learned a lot.
Second, they have been hurt too much.



06 November 2011

SubhanAllah. Mata Beliau Cantik.


Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya AidilAdha!!

Cerianya pagi iniiiiii. Wahh, bangun tadi terus berciap nak g masjid. Nak solat raya. 
1rakaat.
2rakaat.
Khutbah.
Alhamdulillah.
Tanggal telekung, terus capai parang. Saya pergi ke arah lembu itu. Lembu itu mengelipkan mata beliau. Auuww, mata beliau cantik.

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya membuka sarung parang itu. TRINGGG! Silau bilah parang itu. Sekali lagi,
بسم الله الرحمن الرحيم

Lagak saya seperti nak sembelih lembu. Serius sebijik.
Saya perbetulkan niat saya. Buat kali ketiga,
بسم الله الرحمن الرحيم


"Nah pacik, parang yang pacik mintak tadi." 
Alhamdulillah, berjaya jugak saya sembelih lembu itu parang itu sampai ke tangan pacik saya.

Sejurus itu juga terus saya berlari masuk kereta. DUMM, pintu kereta ditutup. Fuhh, lega jap. Tadi nervous giler beb. Takut nak tengok.
^_^ maaf ler. Saya tak berani nak tengok. Takut nati takleh makan lak.

Apapun, saya bersyukur kerana masih berkesempatan menyambut AidilAdha tahun nih.. (=

Gambar ni diamik oleh sepupu saya.


05 November 2011

KABERTE (KAcang BERsalut TEpung)

Assalamualaikum.
Hai kawan-kawan.
Atoiii!! Da pukul 10.00pagi dah. Esok dah raya. Tapi kuih tadek pon. Ala, sok kawan datang nak hidang ape? Takkan coklat moist ngan kerepek-kerepek je kot.

Tiba-tiba..TINGGG!
Idea pom datang. Yeayy, saya nak wat KABERTE! Muka terus tersenyum lebar. ^____^ Cehh..

Ait?!? Ape tu KABERTE?? Ia adalah KAcang BERsalut TEpung. Hohoo, sesuka saya je nak cipta akronim senirik eh? Ish, tak sedap lak name tu. Haha. Biarkan. Yang penting sedap dikunyah, dan ditelan. Nyum nyum~ Meh sini follow saya wat meh..

Bahan A:
  1. 500gm kacang tanah.
Bahan B:
  1. 2biji telur.
  2. 3sudu santan.
  3. sedikit garam.
  4. 5sudu gula.
  5. 3sudu cili boh (Ikut selera. Law tanak pedas, tayah letak.)
Bahan C:
  1. 1cawan tepung beras.
  2. 1cawan tepung gandum.
Cara-cara:
  1. Basuh kacang tanah. Jangan lama sangat. Pastu tuskan sehingga kering.
  2. Sementara tunggu kacang kering, satukan bahan B dalam 1bekas. Ratakan sampai larut taw.
  3. Satukan bahan C dalam 1bekas.
  4. Masukkan 1senduk ramuan bahan B dalam bekas kacang. Gaul hingga rata. Pastu taburkan bahan C. Gaul lagi. Masukkan 1senduk ramuan bahan B dalam bekas kacang lagi sekali. Gaul hingga rata lagi sekali. Pastu taburkan bahan C lagi sekali. Gaul lagi sekali. Ulang proses ini jika mahukan salutan yang lebih tebal. Buat sambil senyum taw. ^_^
  5. Boleh mula menggoreng dalam minyak yang panas.
  6. Tuskan dan sedia untuk dihidang! :)

Inilah hasilnya!! 

Psstt, jom try jomm.. ^_^ Semoga berjaya!

02 November 2011

Saya love kat dia!! (^♥^)


This is the life cycle of a student. Ops, maybe just me. Oke, correction: This is my life cycle as a student. ^_^


Most irritating moment: The morning alarms.
First alarm, press snooze. Second, press snooze. Thi.., press off.
Heh, tak abis bunyi kali ketiga, terus dah off. -__-' 



Most difficult task: To setting the shawl.
Finally. Urggghhh, I cannot breath!!
Atoiii~ 


Most dreadful journey: Way to class but.. the class was canceled. 
Huwaaaaaaa!! (T_T)  How come the class rep not inform me!!
Takpelah, sambung tidow. zzzzz~


Most lovely time: Meeting friends.
Yeayy!! Lets go to lunch, movie and then sleeping!!
Ait, nak belajar ke nak ape nih?? Grr.. 


Most tragic news: Today has a pop quiz.
Oke!!POP QUIZ.
Erkk.. 


Jap. Bila masa je saya belajar sebenarnya nih??  -__-'

Jap lagi sekali!! Nak tunjuk something nih. Sumber inspirasi untuk saya terus rajin. Eh, rajin ke? InsyaAllah. ♥ ♥ ♥

01 November 2011

Aku Hensem & Abang Stalker Cun.



Kepada yang tidak cukup umur, jangan baca entry yang tidak senonoh ini! Erk. Jangan salahkan saya. Salahkan ABANG.STALKER!! Hehe.

Nama: Joxah binti Sapitol.
Nama Glemer: Anje.
Umur: 61 tahun.
Status: Single anak 3.
Aku cantik sebab: 
1) Aku ada hidung. (-..-)
2) Mata aku dua. (@_@)
3) Aku ada sepuluh pakwe. (10_10)


SELAMAT BERKENALAN yaww!!
Psst, abang stalker pakwe nombor 8 taw!! Haha. Kena tipu! Kbai.  ^_^

Ni abang stalker. Tak hensem macam saya oke.

31 October 2011

Sudah tidak sah lagi.


Assalamualaikum.
Korang.. (*__*)

Tuit.♫♪ Tuit.♪♪ Tuit.♫♪
E eh, saya dapat mesej dari pakwe saya laa.

Pakwe saya (CELC0M)
TEMP0H SAH ANDA AKAN TAMAT PADA 30/10/2011. S1LA TAMBAH N1LA1 UNTUK TERUS MEN1KMAT1 PERKH1DMATAN & FAEDAH DAR1PADA UOX.

Kredit saya ada RM 4.89 lagi taw!! (tak banyak, tapi ada la jugak an.) 

Cehh, cakap je U0X. Tapi ada lak tamat tempoh sah???!? Camne nak wat ni? Nak mengadu kat CELC0M center. Masalahnya pulak, nombor ni berdaftar atas name kawan. Atoiii~

Tadi ingat nak berpuasa topup selama tiga hari. Heh. Seminggu pon takpe sebab bukan nak mesej atau call sesape pon. Tapi ada hal urgent lak.

Hmm, sampai bila saya nak biar menda ni camni tah. Selagi umur belum 25 tahun, baek kite manfaatkan "TIADA TEMP0H SAH" tu an??? 


Ish. (-____-) Ni nak nanges ni. Sob3~

Erk, ada test malam ni tapi sempat lak post menda ni. Ermm, bye.


30 October 2011

MICC0S

Assalamualaikum.
Hai.
Apa khabar?

Ermmmm.

M1CC0S: THE MALAYS1A 1NTERNAT10NAL C0MM0D1TY C0NFERENCE & SH0WCASE.
ANJURAN: MALAYS1A AGR0 EXP0S1T10N PARK 5ERDANG (MAEP5)

Ada pameran. 
Ada kerja. 
Sepatutnya kena menemu ramah. 
Tapi kitorang sakan bergambar. 
Eh cilap, bukan kitorang tapi saya.

bergambar dengan classmate.
dengan classmate lagi.
dengan roommate yang juga classmate saya.
dengan roommate yang juga classmate saya lagi.
bergambar dengan classmate + faculty-mate saya. 
bergambar dengan floor-mate saya.
Gambar ini di snap oleh classmate saya. Terima kasih korang. Eh jap, berapa banyak "-mate" da. Soulmate je tadek ag. Haha. Okelah, masa untuk study. Bye. (^__^)

19 October 2011

Majic Box (>_<)



Fuyyoo.. Nak kotak ni!!

Ouuhhh future husband, law rumah kite kecik, kite beli kotak ni jela yep.. Awak 1, saya 1.. Untuk saya, warna pink taw!! Hahahaa.. Kbai~

(^_^)

17 October 2011

Si Kancil dan Pemandunya..

Apa yang saya nak cakap ek?? Huhu.. Sebenarnya tadek ape.. Blank.. Blurr..

Saya baru abes baca novel. 404 Pages. Best. Seronok. Bila da baca novel ni.. Mula la terkeluar mood-mood jiwang.. Cehh.. Pernah ke saya berjiwang?? Mood jiwang tu ada, tapi nak berjiwang tak pandai pon.. Haha..

Tajuk Novel: DAN HATI PUN BERKATA..
Penulis: NURRIEZ
Pelakon Watak utama: Adirra ♥ Rashdan
Ranking: ★★ setengah. Heh.




Pssttt.. Lagi seronok law saya ley baca buku Finance / Management Information System yang tebal-tebal tu an.. Hoho!!


Tetiba rasa nak mengarang jugak.. Tapi cerita ape ek?? Si kancil dan pemandunya.. Erk, okbai~

15 October 2011

2. Perihal Wanita

Ni saya amit dari FB kawan saya.. Dia cakap, Dr.FadzillahKamsah cakap, ada 7C yang boleh watkan si suami benci si isteri.. Apakah?? Jeng Jeng Jeng!!

1. CABAR
Lelaki ni ego.. Dorang tak suka dicabar lebih-lebih lagi oleh perempuan.. So, jangan mengada-ngada nak cakap "Law abang berani, cubalah cari perempuan lain!!"  Hoho.. Nanti yang putih mata, kau la cik kak oi..

2. CABUL
Cabul ni maksudnya perangai yang tataw malu.. Pergaulan bebas antara lelaki ngan perempuan. Dari segi percakapan lak, tak malu nak cakap ape-ape.. Dengan mertua pon nak cakap camtu ke? (Err, sebenarnya saya tataw sangat sal nih sbb before ni saya pikir cabul tu same je cam celupar.. nak google, laen lak keluarnya.. haishh.. =.= )

3. CELUPAR
Mulut tu jaga.. Jangan celupar sangat.. "Lorh.. Abang pakai apepon tetap tak ensem laa!!"  Uishh, touching la suami tu.. Tidow lua nanti baru taw..

4. COMOT
Amboi.. Time g kerja kemaen cun.. Tapi kat rumah, comot jep.. Bukan make-up tu untuk suami ker?? Lalalaallaa~~

5. CEMBURU
Cemburu tanda sayang. Ops~ Tapi law cemburu melampau, bosan gak jadinye.. "Abang, nape baju abang ada bau perfume perempuan??!"  (Heh, padahal perfume sendiri..) Percaya tu yang penting! Ececehh..

6. CEREWET
Normal la nak cerewet.. Tapi kena la bertempat.. "Abang, kite tanak makan kat kedai tu.. Tadek aircond!"  Huishh, ni cerewet ke demand nih?? Atoiii~

7. CINCAI
Kemas rumah cincai, masak cincai, jaga anak cincai.. Anak da masuk longkang, ibunya tengok tv lagi.. Ish3..


Kawan-kawan.. 7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Mungkin kita ada salah-satu daripadanya.. Oleh yang demikian, mari kita sesama berubah.. Renung-renungkan dan selamat beramal!! (ait, tagline sape nih??)


psstt, 7C tu memang dari Dr.FadzillahKamsah tapi huraiannya tu saya wat pepandai jep.. ^_^

12 October 2011

Alhamdulillah~


Apa reaksi / perasaan korang tengok gambar ni??
Teruja, touching, terharu ??


Saya bersyukur.. Alhamdulillah~


10 October 2011

Abang Hensem

Tepat jam 4.00petang, aku pulang dari kelas. Perut berkeroncong mintak diisi. Langkahku dilajukan.

"Abang! Keropok lekor dua ringgit yep!" Aku jerit kat abang hensem tu sambil tunjuk meja aku dan kawan-kawanku.

"Siap!!" abang hensem tu layangkan thumbs up kat aku. Caiiitt, tipu la sangat. Keropok ngah goreng tapi cakap da siap. Heh.

1minit.

2minit 45saat.

4minit kemudian keropok itu tiba. Berasap beb. 


Cepat je aku nak capai 1. Tiba-tiba tanganku ditepis.

"Ape ni? Bace doa dulu la dija! Hehe." kawanku tanpa muka bersalah menegur aku. Dia tak tahu aku da baca doa kul 4.00 tadi da. Pukul 4.00petang. Masa balik kelas oke!!

Aku tadah tangan. Lantang doaku. Orang meja belakang pon sibuk je nak aminkan. Bau keropok lekor tu menusuk-nusuk hidung aku. Sambalnya yang pedas-pedas manis itu menarik minat aku.

Aku amik satu. Cicah dengan sambal. Sedap. Sampai terpejam-pejam mata aku menikmati kesedapan keropok itu. Apa yang abang hensem tu isi sampai rasa keropok ni sedap giler?

Bila aku bukak mata.

Keropok tinggal 1. Alamak, aku lame sangat ke menghayati keropok tadi? Aku panjangkan tangan. Tapi tangan kawanku bernama M lagi panjang.

"OUHHH, KEROPOK AKUUUUU!!!" spontan aku jerit.





Pssstttt, cerita ini direka semata-mata memenuhi permintaan perut yang tetibe teringin nak makan keropok lekor.. Siyes, terbau-bau keropok ni..... KORANG TAK KECIAN KAT SAYA KER????? (*_*)
Psstt sekali lagi, tetiba rasa pelik ngan tajuk entry nih. Erkk, oke abaikan~


09 October 2011

.........





awak..


phone saya sunyi law awak tak mesej atau call.



nak taw tak?

rindu..

hmm..



ehehee, ini semua poyo..  c(=

IMPROSH society =)

Assalamualaikum semua.. ^_^ Semalam saya busy taw.. First time join jawatankuasa event fakulti.. Nama event ni, Hari Silaturrahim IMPROSH.. Menda ape lak IMPROSH tuh? Hehe.. IMPROSH stand for Industrial Management + PROject management + Occupational Safety and Health.. Ya, itu fakulti saya..

Saya handle indoor game.. (=

Ini PA saya. Beliau sedang berucap.. ^_^

Junior ini sedang menadah air untuk diminum.. Erkk~

Kami mempertandingkan basikal terlambat tapi laju giler dak ni bawak.. Haishh =.=

Ini saya. Haip, bukan yang cumel tu tapi yang kedua cumel tu. Ngee =)

Hoii!! Ape kamu buat di khalayak ramai ni?? Haha.

Baju putih: Huwaaaa~~Tolong aku!! Iyahhhhh!!
Baju merah: Yeee, aku tengah berusaha la nih!!
Baju hitam: Lorhh, tu je yang korang mampu?? =.=

Ini cowboy yang kehilangan kudanya..

Ini saya dan emy.. Hehe..
(Cumel kan kami ^_^ )


Mereka seronok dapat hadiah. Saya?? Hmm~

Ini semua jawatankuasa yang menjalankan tugas.. ^_^
1 suara 1 IMPROSH.. Yeayy..


Waaa.. Nak taw tak? Saya seronok semalam.. Tapi agak penat la jugak.. Huu, tak penah-penah tidow awal tapi semalam saya tidow 8.30 taw.. Fuuhhh, kemaen awal. By the way, saya gembira bekerjasama ngan dorang.. Pasni, law ada event ajak la saya agi ek.. Tapi saya nak jadi jemputan taw.. Saya nak jadi VIP.. Lalalalalaa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...